PORT DICKSON: Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) komited terus memperkasakan pemantauan kualiti udara di seluruh negara termasuk secara langsung menerusi Sistem Pemantauan Pelepasan Berterusan (CEMS).
Menterinya Nik Nazmi Nik Ahmad berkata ia bagi memastikan pemain industri mematuhi peraturan pelepasan udara daripada premis masing-masing sekali gus memelihara keselamatan dan kesihatan penduduk terutama premis berhampiran kawasan perumahan.
"Sekarang pun Jabatan Alam Sekitar (JAS) ada pantau secara langsung menerusi CEMS, memang disyaratkan untuk guna sistem itu ke atas mana-mana premis bagi pelepasan sisa ke udara ia bukan hanya dipantau JAS tetapi industri secara 24 jam, itu antara langkah diambil untuk pantau kualiti udara.
"Pencemaran udara dalam negara setakat ini terkawal, kita pantau secara dekat perkara ini tapi akan ada perbincangan lebih lanjut bukan sahaja secara umum tapi kesihatan, begitu juga di peringkat kerajaan kita akan pantau dengan teliti," katanya kepada pemberita selepas meninjau sebuah kilang penapisan minyak mentah di sini pada Isnin.
Beliau berkata pemilik premis juga perlu sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya dengan tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku kesalahan mencemarkan alam sekitar.
Nik Nazmi berkata pemain industri juga perlu lebih proaktif dan kerap mengadakan libat urus bersama penduduk setempat bagi memberi penerangan serta kefahaman berhubung proses pengoperasian premis yang kadangkala bersifat teknikal.
"Kalau dulu mungkin banyak industri terletak jauh dari tempat tinggal tapi sekarang penduduk makin ramai dan kilang semakin dekat (kawasan perumahan), jadi perlu ada tindakan proaktif pemilik premis. Pematuhan undang-undang itu mustahak tapi soal komunikasi dengan penduduk juga penting," katanya.
Mengenai isu pelepasan asap hitam membabitkan premis penapisan minyak mentah yang dikesan 19 Jun lepas, beliau berkata perkara itu bukan disengajakan tetapi disebabkan pembakaran gas yang tidak sempurna semasa proses penstabilan di unit flare.
Pemantauan mendapati premis masih dalam proses startup dan penstabilan untuk beroperasi semula setelah tindakan pembaikan ke atas unit dandang dijangka selesai sepenuhnya pada Isnin.
"Bagi tujuan keselamatan, unit flare di dalam proses penapisan minyak mentah digunakan untuk membakar gas yang bertekanan tinggi di dalam sistem loji bagi mengelakkan sebarang kejadian lebih buruk seperti kebakaran atau potensi letupan," katanya.
Orang awam diminta melaporkan sebarang aktiviti pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau e-mel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.
Terdahulu, NRES memaklum JAS menerima aduan berhubung pelepasan asap hitam dari premis itu yang menyebabkan pencemaran udara serta mengganggu penduduk di perumahan berhampiran seperti di Taman Toh Kee Kah dan Taman Mewah di sini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 08 2024
Nik Nazmi bercakap pada sidang media selepas membuat lawatan ke sebuah premis penapisan minyak mentah di Port Dickson pada Isnin. - Foto BERNAMA
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
128 kenderaan diesel diperiksa dalam Op Gerak JAS di Kedah
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah memeriksa 128 kenderaan diesel dalam Op Gerak Kenderaan Bermotor Peringkat Kebangsaan bersempena dengan Sambutan Hari Ozon Sedunia Tahun 2024.
500 terumbu karang tanduk rusa dibiak semula di Pulau Jemuruk
Sebanyak 500 terumbu karang jenis tanduk rusa atau nama saintifiknya Acropora berjaya dibiak semula ke habitat semula jadi di sekitar perairan Pulau Jemuruk, di Langkawi.
Alam sekitar tanggungjawab kolektif semua pihak - JAS
Tanggungjawab memelihara kesejahteraan alam sekitar perlu melibatkan setiap lapisan masyarakat, termasuk sektor industri dan komuniti.
JAS pertingkat kerjasama dengan agensi terlibat banteras operasi e-waste
Tindakan berterusan akan dilaksanakan bersama agensi terlibat untuk membanteras kemasukan haram e-waste di pelabuhan negara.
NRES harap Belanjawan 2025 tumpu usaha perkasa JAS - Nik Nazmi
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad berharap hasrat untuk memperkasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan dimasukkan dalam Belanjawan 2025.
JAS ambil sampel Sungai Sekah, loji kumbahan disyaki tercemar
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan mengambil sampel air di Sungai Sekah dan sebuah loji sisa kumbahan selepas disyaki menyebabkan pencemaran sungai di Nilai.
JAS sedang siasat, periksa premis bertanggungjawab cemar Sungai Tebrau
JAS sedang menjalankan siasatan dan pemeriksaan ke atas premis yang disyaki melakukan pencemaran sehingga menyebabkan bau busuk di Sungai Tebrau.
Kerja pembersihan dua lokasi tercemar bermula hingga 22 September - Exco
Kerja pembersihan sisa bahan terjadual itu akan dibuat di dua lokasi iaitu Taman Perindustrian Tiong Nam dan Taman Perindustrian Tropika.
Pencemaran bau: KKM sedia bantu individu terkesan
Menurut Dr Dzulkefly, isu pencemaran bau di sekitar sungai di Johor dipantau pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS).