awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
AirBorneo rancang pengembangan, lancar operasi jet separuh kedua 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NTW 2023: Usaha bersepadu rapatkan jurang kemahiran negara

Astro Awani
Astro Awani
18/04/2023
05:10 MYT
NTW 2023: Usaha bersepadu rapatkan jurang kemahiran negara
NTW 2023 bermatlamat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan latihan serta memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat.
KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan menganjurkan Minggu Latihan Kebangsaan (NTW), bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan latihan serta memupuk budaya pembelajaran sepanjang hayat.
Berlangsung dari 22 Mei hingga 28 Mei depan, program itu bakal menghimpunkan individu dan organisasi daripada pelbagai latar belakang dan industri untuk membawa segala macam peluang pembelajaran dan latihan secara percuma.
Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, usaha pertama seumpamanya di Malaysia itu adalah sebagai memenuhi keperluan untuk menangani jurang kemahiran di negara ini dengan cara yang bermakna, ketara dan memberi impak.
“Malaysia menghadapi ketidakpadanan antara kemahiran yang diperlukan oleh majikan dengan kemahiran yang dimiliki oleh pencari kerja, dan ini telah menjejaskan kebolehpasaran individu dan keupayaan industri kita untuk berkembang.
“Justeru, kita mestilah memupuk persekitaran kolaboratif terhadap latihan dan pembangunan di samping mengukuhkan ekosistem peningkatan kemahiran, kemahiran semula dan pelbagai kemahiran negara,” katanya pada majlis prapelancaran NTW 2023 di sini, hari ini.
KSM menjangkakan program tersebut menarik kehadiran lebih 5,000 jurulatih dan kolaborator yang akan menyampaikan lebih 5,000 kursus latihan, melatih sekurang-kurangnya 125,000 peserta serta merekod lebih 500,000 jam latihan dengan anggaran kos melebihi RM250 juta.
Turut hadir pada majlis tersebut adalah Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Kata beliau, tidak cukup untuk menongkah cabaran dan memenuhi keperluan alam pekerjaan hari ini dengan sekadar bersandarkan kepada kelayakan asas atau ijazah pertama sahaja kerana jumlah graduan yang semakin ramai dan kompetitif.
“Justeru itu, politeknik dan kolej-kolej komuniti di bawah KPT di seluruh negara akan menawarkan pelbagai kursus dan latihan jangka pendek secara percuma kepada semua yang berminat sepanjang NTW 2023 dilangsungkan," katanya.
Diterajui Human Resource Development Corp (HRDC), NTW dianjurkan bersama oleh KSM, KPT, Kementerian Pendidikan, Kementerian Kesihatan, Kementerian Belia dan Sukan, dengan kerjasama pihak swasta dan organisasi yang tidak berasaskan keuntungan.
Ketika pengumuman itu, kedua-dua menteri turut melancarkan portal NTW 2023 (www.nationaltrainingweek.gov.my) yang akan menampilkan semua kursus percuma yang ditawarkan sepanjang minggu berkenaan.
Kursus-kursus ini akan dijalankan melalui pembelajaran bersemuka, dalam talian atau secara hibrid di samping merangkumi pelbagai kemahiran insaniah dan teknikal menerusi latihan, bimbingan, fasilitasi dan pembelajaran untuk semua peringkat umur, dari kanak-kanak prasekolah hingga warga emas.
Topic Berkaitan
#ksm
#KPT
#NTW
#Minggu Latihan Kebangsaan
#Kementerian Sumber Manusia
#Kementerian Pendidikan Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan