Pergerakan Pemuda UMNO Sabah mahu Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bersikap lebih sensitif dalam hal keselamatan dan kedaulatan negara khususnya di negeri ini.
Ketua Pemuda UMNO negeri Yamani Hafez Musa berkata tindakan Nurul Izzah bertemu Jacel H. Kiram, anak perempuan bekas ketua kumpulan bersenjata Sulu Jamalul Kiram III itu, sepatutnya tidak dilakukan.
Yamani Hafez berkata tindakan tidak bertanggungjawab anggota Parlimen Lembah Pantai itu jelas mengguris perasaan keluarga mangsa pencerobohan yang berlaku di Tanduo, Lahad Datu termasuk keluarga Bernard Then Ted Fen, mangsa culik yang dipenggal kepalanya oleh kumpulan Abu Sayyaf.
"Nurul Izzah harus sensitif terhadap soal keselamatan dan kedaulatan negara kerana perkara ini serius dan tidak boleh dipermainkan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung tindakan Nurul Izzah itu di Ibu Pejabat Polis daerah Kota Kinabalu di sini, pada Sabtu.
Jacel memuat naik empat keping gambar bertarikh 9 November dalam akaun Facebook beliau yang memaparkan pertemuan dengan Nurul Izzah.
Pemuda UMNO Sabah juga mempersoal mengapa Nurul Izzah berjumpa Jacel untuk mendapatkan sokongan untuk pembebasan bapanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sedangkan Jacel hanyalah anak perempuan kepada seseorang yang mendakwa diri sendiri sebagai 'sultan'..
"Jika mahu mendapatkan sokongan sekali pun, seharusnya berjumpa dengan wakil kerajaan Filipina yang betul, dan bukannya bertemu dengan Jacel kerana ia mengundang syak wasangka," katanya.
Bagaimanapun, Yamani Hafez berkata pihaknya meminta pihak polis membuat siasatan lanjut terhadap motif dan niat sebenar di sebalik pertemuan Nurul Izzah dengan Jacel.
Yamani Hafez juga mahu kerajaan negeri mengharamkan kemasukan Nurul Izzah ke Sabah kerana beliau telah mencalar perasaan rakyat Sabah.
Bernama
Sun Nov 22 2015
Foto pertemuan Nurul Izzah dan Jacel Kiram ini telah mengguris perasaan ahli keluarga mangsa yang terkorban sewaktu pencerobohan Sabah pada tahun 2013. - Gambar fail
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
kanak-kanak 8 tahun dikhuatiri lemas, dijumpai
Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang sebelum ini diikhuatiri lemas selepas dipercayai tergelincir sebelum dibawa ombak ketika bermain dengan keluarga di Pantai Kandis, petang semalam, ditemui jam 11.20 pagi ini.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Mayat Muhammad Naufal Arsyad Muhammad Aiman Hafiz ditemui lebih 500 meter dari tempat beliau dilaporkan terjatuh.
Tindakan tataterbib dikenakan jika penguatkuasa langgar SOP
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang berkata sebarang pelanggaran Prosedur Atau Operasi Standard (SOP) dan kod etika oleh pegawai penguatkuasa agama ketika mengendalikan operasi khalwat boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Katanya tindakan itu diambil selaras dengan peraturan-peraturan pegawai awam (kelakuan dan tatatertib) 1993.
Nurul Izzah perlu lebih sensitif soal keselamatan, kedaulatan - Pemuda UMNO Sabah
Yamani Hafez berkata tindakan tidak bertanggungjawab itu jelas mengguris perasaan keluarga mangsa pencerobohan yang berlaku di Tanduo, Lahad Datu.