awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelancaran PlayStation 6 dijangka ditangguh selepas 2027 akibat kekurangan RAM
Meta dilapor beli Manus pada nilai lebih AS$2 bilion, perkhidmatan kekal beroperasi
[KOLUMNIS] Senyap tetapi berimpak, fungsi berterusan universiti memperkasa komuniti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nurul Izzah positif COVID-19

Astro Awani
Astro Awani
10/02/2022
11:17 MYT
Nurul Izzah positif COVID-19
urul Izzah menjelaskan, berdepan COVID-19 ternyata bukanlah situasi yang mudah untuk dilalui. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar positif COVID-19 dan kini menjalani kuarantin kendiri di rumah.
Nurul Izzah mengesahkan perkara itu menerusi satu hantaran di media sosial pada Khamis selepas menerima laporan ujian yang dilakukannya.
"Saya telah menerima laporan ujian PCR yang menunjukkan saya positif COVID-19, namun memandangkan kami sudah menjalankan kuarantin kendiri sejak 6 Februari, kami akan meneruskan home surveillance order (HSO) dan melakukan yang terbaik bagi melindungi Safiyah (anak) daripada terkena jangkitan.
"Selain daripada simptom ringan biasa (lesu, hidung berair dan sakit otot atau sendi), alhamdulillah kami dalam keadaan baik," katanya.
Menerusi hantaran itu, Nurul Izzah menjelaskan, berdepan COVID-19 ternyata bukanlah situasi yang mudah untuk dilalui.
"Ia mengimbau memori ketika saya mengalami demam denggi, walaupun tidak begitu teruk untuk dibandingkan.
"Ternyata, amat penting untuk kita terus dilindungi menerusi vaksinasi. Syukur, kita semua telah berjaya melengkapkan dos vaksinasi dan saya berharap agar kesemua kita dapat diberikan tahap perlindungan yang sama, insya-Allah," katanya lagi.
Assalamualaikum WBT. Sedikit perkembangan. Saya telah menerima ujian laporan PCR yg menunjukkan saya positif Covid-19, namun memandangkan kami sudah menjalankan kuarantin kendiri semenjak 6 Februari; kami akan meneruskan (HSO) & usaha terbaik bagi melindungi Safiyah 1/4 pic.twitter.com/X8tGS1ozgT
— Nurul Izzah Anwar (@n_izzah) February 10, 2022
Topic Berkaitan
#Nurul Izzah Anwar
#COVID-19
#positif
#ahli Parlimen
#Permatang Pauh
#kuarantin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan