awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NV350 Urvan - Bas mikro 14 penumpang

Astro Publication
Astro Publication
31/10/2014
07:51 MYT
NV350 Urvan - Bas mikro 14 penumpang
Nissan Urvan yang sedia ada sudah diganti setelah pelancaran NV350 Urvan yang diumumkan Edaran Tan Chong Motor (ETCM).
Nissan Urvan yang sedia ada sudah diganti setelah pelancaran NV350 Urvan yang diumumkan Edaran Tan Chong Motor (ETCM) hari ini. Dengan kapasiti tempat duduk untuk 14 orang, ia memang sesuai sebagai sebuah bas mikro dan dijual dengan harga RM109,800 (harga semenanjung, dengan insurans). Model ini diimport (CBU) daripada Jepun.
Jentera ini didorong oleh enjin 2.5 liter (diesel) dengan pengecas turbo serta suntikan terus yang menghasilkan 127hp dan 356Nm. Kotak gearnya adalah 5-kelajuan. Mengikut ETCM, kadar NVH telah dikurangkan berbanding Urvan sebelum ini, lantas memberikan ruang dalaman yang lebih senyap serta selesa bagi semua penumpang dan juga keadaan yang terbaik untuk pemandu. Bumbung juga lebih tinggi bagi melancarkan proses keluar masuk.
Kabin Nissan NV350 Urvan serba baharu mempunyai panel instrumen yang moden dan ringkas dengan satu paparan pelbagai fungsi bersaiz 3.5 inci. Ia memaparkan maklumat penjimatan bahan api pada masa sebenar, indikator penukaran gear untuk memberitahu pemandu bilakah mereka perlu menukar gear bagi mengoptimumkan penjimatan bahan api, selain data odometer dan meter perjalanan.
Untuk keselematan, NV350 Urvan ini dilengkapi brek ABS, Brake Assist, kedudukan lampu belakang lebih tinggi, dan binaan badan yang lebih kuat.
Setiap pembelian model ini datang dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000km (mana tiba dahulu). Tempahan sudah dibuka di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara.
Topic Berkaitan
#ETCM
#Nissan
#Tan Chong
#Urvan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan