Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini menegaskan bahawa aspek nyawa perlu menjadi intipati utama dalam usaha menangani jangkitan 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) berbanding impak penyakit itu terhadap ekonomi negara.
Lim berkata pada masa ini nyawa, keselamatan dan kesihatan rakyat Malaysia menjadi agenda utama dan langkah perlu difokuskan kepada mengatasi permasalahan Koronavirus itu terlebih dahulu.
"Tentu ada impaknya kepada ekonomi, tetapi biarlah kita mengatasinya dahulu dan baru selepas itu kementerian kewangan akan bincangkan impaknya terhadap ekonomi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina 2020 Parlimen Bukit Bendera di sini, hari ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Hati-hati dengan wabak koronavirus!
Dalam pada itu Lim turut meminta semua rakyat Malaysia mengikuti garis panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan serta tidak terpengaruh dengan berita palsu berhubung laporan Koronavirus.
"Janganlah percaya berita-berita palsu, kerana ini akan menjadikan keadaan lebih huru-hara dan porak-poranda. Marilah kita terus bersatu untuk menghadapi dan mengatasi cabaran gejala Koronavirus ini. Sekiranya kita percaya kepada berita palsu ini, ia akan menjejaskan kehidupan harian.
Percayalah kepada kepakaran profesionalisme doktor-doktor, pakar-pakar, jururawat serta kementerian kesihatan. Mereka telah menjalankan tugas mereka dengan baik dan Kementerian Kewangan akan memberikan sepenuhnya sokongan kepada Kementerian Kesihatan," katanya.
Terdahulu Lim berkata, Kementerian Kewangan akan memberikan segera peruntukan tambahan untuk 12 pengimbas suhu seperti dinyatakan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Kementerian Kewangan akan berbuat apa sahaja seperti yang dipinta kementerian kesihatan demi memastikan rakyat dan negara selamat dan bebas daripada virus itu.
Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata Kerajaan Negeri akan mengadakan perbincangan bersama agensi yang terlibat Jumaat ini untuk menggariskan langkah-langkah yang akan diambil bagi mencegah jangkitan berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 28 2020
LIM: Tentu ada impaknya kepada ekonomi, tetapi biarlah kita mengatasinya dahulu dan baru selepas itu kementerian kewangan akan bincangkan impaknya terhadap ekonomi. - Gambar fail/Astro AWANI
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Pendekatan komprehensif antara pemain media dan pihak berkuasa depani salah guna AI - Ashwad Ismail
Pendekatan komprehensif di antara kerajaan, pemain industri media serta pihak berkuasa perlu digerakkan bagi mendepani risiko penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) terutamanya berkaitan peny
LHDN tidak pernah hantar pautan status bayaran balik melalui portal MyTax
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak pernah menghantar sebarang pautan kepada pembayar cukai berkaitan status bayaran balik melalui portal MyTax, menurut agensi pentadbir cukai itu.
Kerap 'disajikan' unsur negatif di media sosial cetus masyarakat pemikiran jumud - Pakar
Perkembangan teknologi sepatutnya melahirkan masyarakat intelektual namun ia boleh jadi sebaliknya jika pengguna media sosial gagal menapis bahan negatif yang terdapat dalam rangkaian internet.
Media sosial Barat banyak temberang, hapuskan aplikasi mereka - Duta BRICS
Nasser berkata, untuk melemahkan doktrin Barat, perlu hapuskan aplikasi ciptaan mereka dan sokong media baharu yang adil dalam pelaporan.
Dakwaan larangan pengeluaran KWSP untuk haji berunsur fitnah - Lim
Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying menegaskan sebarang dakwaan mengenai larangan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk tujuan menunaikan ibadah haji adalah tidak benar.
AI bukan ancaman kepada industri media - Wartawan veteran
Kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam industri media tidak harus dilihat sebagai satu ancaman.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
COVID-19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
Mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes yang melangkaui keraguan munasabah terhadap Muhammad Zaki.
Pendakwaan tarik balik rayuan, Lokman Adam kekal bebas tuduhan sebar berita palsu
Lokman Noor Adam kekal lepas dan bebas daripada pertuduhan menyebarkan berita palsu di laman Facebook miliknya berhubung kematian seorang pegawai polis akibat vaksin, tiga tahun lepas.