awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OKU maut dilanggar komuter di Bukit Keteri

Bernama
Bernama
14/11/2017
14:04 MYT
OKU maut dilanggar komuter di Bukit Keteri
Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Ghazani Abd Ghani berkata mayat mangsa ditemukan dalam longkang berhampiran landasan keretapi itu.
Seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) maut setelah dilanggar komuter di kilometer 141.25, Bukit Keteri dekat sini, petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Ghazani Abd Ghani berkata mayat mangsa Mohd Arif Eisha, 34, yang dipercayai mempunyai masalah mental ditemukan dalam longkang berhampiran landasan keretapi itu.
"Mangsa dilanggar komuter dari arah Padang Besar menuju ke Butterworth yang berlepas pada 3.25 petang dari stesen Padang Besar," katanya kepada pemberita di tempat kejadian dekat sini, pada Selasa.
Beliau berkata sebaik kejadian, pemandu komuter menghentikan kenderaannya sebelum melaporkan insiden itu kepada polis.
"Polis menerima laporan pada 4 petang dan mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut," katanya.
Beliau berkata mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa
#mayat
#OKU
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan