ISKANDAR PUTERI: Menteri Besar Johor yang baharu, Datuk Onn Hafiz Ghazi memulakan tugasnya secara rasmi di Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar di sini, hari ini.
Kenderaan membawa Menteri Besar Johor ke-19 itu tiba di pekarangan bangunan berkenaan pada 10.05 pagi dan ketibaan beliau disambut Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani.
Sebelum memasuki pejabatnya di Aras 4, Onn Hafiz yang mengenakan sut serba hitam mengaminkan bacaan doa dan melakukan simbolik menandatangani surat untuk memulakan tugas rasminya.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap itu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di hadapan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru, semalam.
BACA: Siapa Onn Hafiz? Ini 9 fakta yang perlu anda tahu tentang MB Johor ke-19
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor Sabtu lepas, Onn Hafiz, 43, memenangi pertandingan empat penjuru menewaskan Azlisham Azahar daripada Perikatan Nasional, R. Sangaran (Parti Ikatan Demokratik Malaysia) dan Datuk Dr Sharuddin Md Salleh (Parti Pejuang Tanah Air) dengan majoriti 6,543.
Barisan Nasional memenangi PRN Johor dengan memperoleh lebih dua pertiga majoriti, memenangi 40 kerusi daripada 56 kerusi DUN yang dipertandingkan. - BERNAMA
Bernama
Wed Mar 16 2022

Menteri Besar Johor yang baharu, Datuk Onn Hafiz Ghazi memulakan tugasnya secara rasmi di Bangunan Dato' Jaafar Muhammad, Kota Iskandar hari ini. - Gambar BERNAMA

Xiaomi bakal perkenal cip SoC 'Xring01' yang dibangunkan sendiri
Ini merupakan langkah strategik Xiaomi untuk mengurangkan kebergantungan kepada pembekal luar.

Polis kesan lelaki bawa anjing ke restoran halal di Segamat
Siasatan awal mendapati insiden terbabit berlaku pada 11 Mei lalu kira-kira jam 12 tengah hari di sebuah restoran nasi kandar di Segamat Baru.

Nahas FRU: Masih tiada pihak bayar jaminan, pemandu lori kekal di lokap - Polis
Masih tiada pihak tampil membayar jaminan untuk pemandu lori yang didakwa memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian sembilan anggota FRU.

MCMC berhak panggil individu jalankan siasatan sekiranya ada aduan - Teo Nie Ching
Teo Nie Ching menjelaskan bahawa siasatan akan dijalankan dan diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan lanjut jika perlu.
Moody’s turunkan penarafan kredit AS
Agensi Penarafan Antarabangsa Moody’s menurunkan penarafan kredit Amerika Syarikat sebanyak satu tahap pada Jumaat.
AS didakwa rancang pindahkan penduduk Gaza ke Libya
AS didakwa rancang pindahkan penduduk Gaza ke Libya
10 banduan larikan diri dari penjara New Orleans
10 banduan larikan diri dari penjara New Orleans
Brazil lapor kes pertama selsema burung di sebuah ladang ternakan komersial
berkuasa Brazil kini meningkatkan langkah kawalan selepas negara itu mengesahkan wabak selesema burung pertama pada Jumaat.

Pelajar tahfiz cemerlang diberi biasiswa lanjut pelajaran di UniKL, UPTM - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid memberi jaminan bahawa pelajar tahfiz cemerlang dalam peperiksaan SPM akan menerima tajaan biasiswa jika melanjutkan pelajaran di UniKL dan UPTM.
PKR fokus perkukuh jentera, sasar kerusi Parlimen lebih banyak - Nik Nazmi
Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Parti Keadilan Rakyat (PKR) memerlukan barisan kepimpinan terbaik serta strategi realistik untuk memperkukuh jentera pilihan raya.

Selepas TMJ 'bersuara', Johor tuntut 30% hasil cukai dari Putrajaya
Sejumlah 30 peratus dari hasil cukai negeri yang disalurkan ke Kerajaan Persekutuan patut dipulangkan semula ke negeri Johor, kata Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi.

JS-SEZ dijangka dibangunkan di Iskandar Malaysia dan Pengerang - Onn Hafiz
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) dijangka dibangunkan di kawasan Iskandar Malaysia dan Pengerang melibatkan keluasan 3,505 kilometer persegi.

MB Johor rayu moratorium banjir 3 hingga 6 bulan
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz merayu kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memberikan moratorium antara tiga hingga enam bulan kepada rakyat yang terjejas banjir.

Onn Hafiz diminta bertanding Ketua Pemuda UMNO
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi diminta bertanding merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bagi mengembalikan semula maruah parti itu.

PRU15: Hujan lebat berterusan, Tebrau dilanda banjir kilat
Kurang dua minggu menjelang Hari Pengundian pada 19 November 2022, penduduk di kawasan Tebrau dan Johor Bahru terpaksa berdepan dengan banjir kilat.

Penyelarasan cuti hujung minggu di Johor masih dalam kajian - MB
Kerajaan Negeri Johor masih mengkaji penyelarasan semula cuti hujung minggu yang ketika ini ditetapkan pada Jumaat dan Sabtu.

Onn Hafiz mahu lahirkan ramai pemimpin pelapis masa depan
Ini sekali gus akan memastikan kesinambungan pembangunan dan kestabilan berterusan di Johor.

Kerajaan Johor umum 2 Mei sebagai cuti khas peristiwa
Kerajaan negeri Johor mengisytiharkan tarikh 2 Mei ini sebagai cuti khas peristiwa bagi memudahkan perancangan perjalanan rakyat beragama Islam sempena sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Barisan Exco Johor angkat sumpah hari ini
Majlis akan berlangsung di Balai Menghadap Istana Bukit Serene.

PAU2021: Hasni tetap jadi kebanggaan rakyat Johor - Zahid
Penghargaan diberi atas kejayaan UMNO Johor menakluk semula negeri itu dalam PRN baru-baru ini.