awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LDP Jepun dijangka menang besar, Takaichi kekal PM
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahmad Zahid lancar buku Ijtihad Demi Rakyat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Bersepadu Khazanah: Enam pemburu haram ditahan

Bernama
Bernama
12/11/2024
05:17 MYT
Op Bersepadu Khazanah: Enam pemburu haram ditahan
Kesemua mereka ditahan menerusi Operasi Bersepadu Khazanah, pada 11.30 malam Ahad ketika berada di dalam sebuah kenderaan. - Foto Briged Tenggara PGA
KOTA BHARU: Enam lelaki ditahan disyaki pemburu haram di Ladang Pongsoi Mukim Semantan, Lanchang, Pahang, Ahad lepas.
Komander Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) Datuk Nik Ros Azhan Ab Hamid berkata kesemua yang berusia lingkungan 35 hingga 61 tahun itu ditahan menerusi Operasi Bersepadu Khazanah, pada 11.30 malam ketika berada di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda.
Beliau berkata pemeriksaan di dalam kereta itu menemukan selaras senapang patah jenis Remington 870 Express Magnum beserta 81 butir peluru hidup dan beberapa peralatan lain tanpa dokumen pemilikan sah.
"Senapang dan peralatan memburu ini dianggar bernilai RM10,810 dan disyaki digunakan untuk pemburuan haram di sekitar kawasan Hutan Simpan Kemasul, Temerloh.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nik Roz Azhan berkata PGA akan terus mempergiat usaha bagi mengekang kegiatan pemburuan haram daripada terus berleluasa di dalam negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemburu haram
#Op Khazanah
#Lanchang Pahang
#Briged Tenggara PGA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan