awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Khas pemakaian tali pinggang keledar, 55 bas diambil tindakan

Bernama
Bernama
01/08/2025
01:10 MYT
Op Khas pemakaian tali pinggang keledar, 55 bas diambil tindakan
Syed Ahmad Khirulanwar berkata 143 notis pelbagai kesalahan telah dikeluarkan termasuk menyita sebuah bas semasa operasi dilaksanakan dari 1 hingga 30 Julai lepas. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Sebanyak 55 daripada 2,196 bas yang diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang diambil tindakan atas pelbagai kesalahan menerusi Op Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar.
Pengarah JPJ Pahang Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman berkata 143 notis pelbagai kesalahan telah dikeluarkan termasuk menyita sebuah bas semasa operasi dilaksanakan dari 1 hingga 30 Julai lepas.
"Daripada jumlah bas yang diperiksa hanya 2.5 peratus atau 55 bas dikenakan tindakan. Ia melibatkan 38 bas ekspres, 16 bas persiaran dan satu bas lain-lain. Melihat kepada peratusan itu, kadar pematuhan adalah tinggi," katanya kepada pemberita pada Penutup Op Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar di Terminal Sentral Kuantan di sini, semalam.
Beliau berkata operasi selama sebulan itu melibatkan 129 anggota terdiri daripada 90 anggota JPJ, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (10), Jabatan Pendaftaran Negara (11), dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (18).
Mengulas operasi yang dijalankan semalam pula, Syed Ahmad Khirulanwar berkata pihaknya telah menahan sebuah bas ekspres yang membawa 27 penumpang dari Kuantan ke Terminal Bersepadu Selatan kerana gagal menepati spesifikasi ketebalan bunga tayar perlu melebihi 1.6 milimeter (mm).
Beliau berkata pihaknya telah mengarahkan syarikat bas berkenaan untuk menukar tayar tersebut dengan kadar segera atau mengantikan bas lain bagi memastikan keselamatan penumpang.
"Kadar minimum ada 1.6 mm sedangkan kadar yang direkodkan bagi tayar bas tersebut adalah 0.6 mm. Dalam kes ini syarikat bas telah membawa bas gantian yang turut diperiksa melibatkan semakan dokumen pemandu dan bas, tayar, sistem brek serta pelaksanaan pemakaian tali pinggang keledar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Khas Pemakaian Tali Pinggang Keledar
#JPJ
#saman
#Syed Ahmad Khirulanwar Alyahya Syed Abdul Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan