awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Pintas Mega: 85 diselamat, 175 ditahan dalam operasi seluruh negara

Bernama
Bernama
09/05/2025
10:30 MYT
Op Pintas Mega: 85 diselamat, 175 ditahan dalam operasi seluruh negara
Mohd Shuhaily berkata mereka terdiri daripada 58 lelaki, 10 wanita,16 kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyelamatkan 85 individu termasuk warga asing dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dalam Op Pintas Mega di seluruh negara semalam.

Ringkasan AI
  • PDRM menyelamatkan 85 individu termasuk warga asing yang dipercayai mangsa pemerdagangan manusia dalam operasi Op Pintas Mega.
  • Dalam operasi tersebut, 175 individu termasuk warga asing dari pelbagai negara telah ditahan.
  • Operasi ini melibatkan kerjasama antara 14 kontinjen polis seluruh negara serta beberapa agensi kerajaan seperti Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen, Jabatan Tenaga Kerja, dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata mereka terdiri daripada 58 lelaki, 10 wanita,16 kanak-kanak lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan.
Beliau berkata antara yang diselamatkan mengikut Seksyen 44 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 itu adalah rakyat asing yang terdiri daripada warga Filipina, Indonesia, Bangladesh, Pakistan dan Myanmar.
"Kebanyakan mereka disyaki menjadi mangsa pemerdagangan orang bagi tujuan eksploitasi buruh paksa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Shuhaily berkata dalam operasi berkenaan pihaknya turut menahan 175 individu, termasuk warga asing dari Thailand, India, Bangladesh, Indonesia, Pakistan, Filipina, Myanmar, Nepal dan China.
Beliau berkata operasi bersepadu itu melibatkan 14 kontinjen polis seluruh negara dan turut disertai Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen, Jabatan Tenaga Kerja serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#Op Pintas Mega
#buruh paksa
#pemerdagangan manusia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami