awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Selamat 19 catat peningkatan kemalangan 41 peratus

Bernama
Bernama
31/01/2023
12:05 MYT
Op Selamat 19 catat peningkatan kemalangan 41 peratus
Pada Op Selamat 19 sebanyak 15,999 kes kemalangan direkodkan berbanding 11,325 kes pada 2022. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina yang dijalankan pada 18 hingga 27 Jan lepas mencatatkan peningkatan kes kemalangan jalan raya sebanyak 41 peratus atau 4,674 kemalangan berbanding operasi yang sama pada tahun lepas.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata pada Op Selamat 19 sebanyak 15,999 kes kemalangan direkodkan berbanding 11,325 kes pada 2022.
Beliau berkata kemalangan maut turut merekodkan peningkatan sebanyak 13 kepada 121 kes melibatkan 134 mangsa berbanding 108 kes dengan 108 mangsa pada tahun sebelumnya.
"Penunggang dan pembonceng motosikal kekal sebagai golongan yang mencatatkan angka korban tertinggi dengan 81 kematian, menurun dua kematian berbanding operasi yang sama pada tahun lepas.
"Polis akan mengenal pasti lokasi panas dan lokasi hitam (kemalangan maut) berikutan tiada kemalangan sedemikian direkodkan terjadi di lokasi yang sedia ada," katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Op Selamat 19 sempena Tahun Baharu Cina di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras, di sini hari ini.
Razarudin berkata Op Selamat 19 juga menunjukkan pengguna jalan raya telah mula membudayakan pematuhan peraturan dan undang-undang jalan raya berikutan berlaku penurunan jumlah saman yang dikeluarkan iaitu 160,365 saman berbanding 308,726 saman pada operasi sama tahun lepas.
Beliau berkata Op Selamat kali ini juga menunjukkan penurunan kes jenayah pecah rumah kepada 296 kes berbanding 326 kes pada tahun lepas.
"Sebanyak 68,519 rondaan telah dijalankan melibatkan 29,601 rondaan kereta peronda, 13,387 rondaan Unit Rondaan Bermotosikal, 19,367 rondaan melibatkan elemen balai dan 6,164 lain-lain rondaan," katanya.
Selain rondaan, kesedaran yang tinggi dalam kalangan masyarakat juga merupakan antara faktor penurunan kes jenayah pecah rumah.
Pada majlis itu polis kontinjen Kuala Lumpur muncul kontinjen terbaik pada Op Selamat 19 diikuti kontinjen Pulau Pinang di tempat kedua manakala Johor di tempat ketiga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Op Selamat 19
#Tahun Baharu Cina
#Razarudin Husain
#kemalangan jalan raya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan