awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Tapis Khas: Polis Sarawak tahan 240 individu, rampas dadah bernilai RM39,000

Bernama
Bernama
12/12/2022
08:11 MYT
Op Tapis Khas: Polis Sarawak tahan 240 individu, rampas dadah bernilai RM39,000
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata kejayaan itu juga adalah hasil daripada 154 serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan di beberapa kawasan 'pot-pot aktif-- Foto BERNAMA
KUCHING: Polis Sarawak berjaya menahan 240 individu dan merampas pelbagai dadah bernilai RM39,058 dalam Op Tapis Khas yang dijalankan pada 6 hingga 8 Dis lepas di seluruh negeri ini.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata kejayaan itu juga adalah hasil daripada 154 serbuan dan pemeriksaan yang dijalankan di beberapa kawasan 'pot-pot aktif', perumahan, perkampungan dan tempat yang digunakan untuk aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah.
Katanya, daripada sejumlah 240 individu yang ditahan itu, sejumlah 230 adalah lelaki manakala 10 wanita yang berusia antara 17 hingga 70 tahun.
"Sementara dadah yang dirampas itu adalah jenis Methamphetamine sebanyak 385.78 gram, Pil Erimin 5 sebanyak 1.94 gram dan sejumlah 7.85 gram pil ekstasi.
"Keseluruhan dadah yang dirampas itu boleh digunakan oleh 1,961 penagih. Dalam operasi itu, polis turut menyita dua kenderaan di kawasan Padawan yang dipercayai digunakan untuk aktiviti penyeludupan," katanya pada sidang media Op Tapis Khas SeMalaysia ketujuh di sini, hari ini.
Secara keseluruhannya, Mohd Azman berkata dalam tempoh antara 1 Jan dan 8 Dis, Polis Sarawak telah menangkap seramai 8,717 individu dan merampas dadah pelbagai jenis bernilai RM11,909,156.10, manakala harta yang disita bernilai RM3,406,654.22.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dadah
#Sarawak
#op tapis khas
#Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan