GADGETS
OpenAI beli syarikat peranti AI Jony Ive pada nilai $6.4 bilion

Langkah ini menandakan OpenAI bakal memasuki pasaran perkakasan, dengan Jony Ive dijangka mengetuai aspek reka bentuk produk. -Gambar fail
OPENAI hari ini secara mengejut mengumumkan akan mengambil alih syarikat memfokuskan peranti AI yang diasaskan pereka bentuk terkenal, Jony Ive.
Ringkasan AI
- OpenAI mengumumkan pengambilalihan syarikat io milik Jony Ive dengan nilai sekitar $6.4 bilion, menjadikannya pengambilalihan terbesar oleh OpenAI setakat ini.
- Langkah ini menandakan OpenAI bakal memasuki pasaran perkakasan, dengan Jony Ive dijangka mengetuai aspek reka bentuk produk.
- Tiada produk baharu diumumkan setakat ini, namun OpenAI merancang untuk memperkenalkan penawaran pertama hasil pengambilalihan ini pada tahun 2026.
Jony Ive juga dijangka akan turut mengambil tanggungjawab memfokuskan reka bentuk pada OpenAI selari pengambilalihan ini.
OpenAI sebelum ini sedia mempunyai pegangan sebanyak 23% pada syarikat berkenaan, yang dikenali dengan nama “io”.
Pengambilalihan ini turut memposisikan ia sebagai pengambil-alihan terbesar oleh OpenAI dari segi nilainya.
Jony Ive sebelum ini terkenal dengan reka bentuk sejumlah produk ikonik bawah Apple, termasuk MacBook Air, iPhone, iPad, dan juga iPod, selain kampus Apple yang terbaharu.
Buat masa ini, tiada produk baharu yang dihasilkan di bawah firma ini, dan tidak diketahui lagi apakah produk pertama yang akan diperkenalkan pasca pengambilalihan ini.
OpenAI mengatakan akan berkongsi berkenaan penawaran baharu dibawah pengambilalihan ini pada tahun hadapan, 2026. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami