awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OpenAI, Oracle tandatangan perjanjian bina pusat data Stargate dengan 2 juta cip AI

Amanz
Amanz
25/07/2025
05:45 MYT
OpenAI, Oracle tandatangan perjanjian bina pusat data Stargate dengan 2 juta cip AI
OpenAI sedang membangunkan pusat data baharu bersama Oracle di bawah Stargate Project, dengan keperluan kuasa 4.5GW dan penggunaan 2 juta cip pemprosesan AI. \-Amanz
OPENAI telah mengumumkan projek pusat data Stargate Project pada awal tahun ini, iaitu projek pembangunan infrastruktur AI untuk Amerika Syarikat (AS) yang bernilai $500 bilion.

Ringkasan AI
  • OpenAI sedang membangunkan pusat data baharu bersama Oracle di bawah Stargate Project, dengan keperluan kuasa 4.5GW dan penggunaan 2 juta cip pemprosesan AI.
  • Projek ini adalah sebahagian daripada pelaburan $500 bilion untuk membina 20 pusat data dalam tempoh empat tahun, dengan tapak pertama terletak di Abilene, Texas.
  • Pusat data ini dijangka menjana 100,000 pekerjaan baharu dan mungkin menggunakan cip NVIDIA Blackwell Ultra atau Rubin Ultra yang lebih berkuasa.

Ia akan dikepalai oleh OpenAi dengan bantuan pelbagai syarikat pelaburan dan teknologi AI yang lain seperti Softbank dan Oracle.
Terkini, OpenAI telah mengumumkan pembangunan sebuah lagi pusat data bersama-sama Oracle, kini dianggarkan akan tampil dengan keperluan kuasa setinggi 4.5GW dan akan menggunakan sebanyak 2 juta cip pemprosesan AI.
Pembangunan pusat data Stargate baru ini dikatakan sedikit berbeza dengan perjanjian pembinaan pusat data yang diperlihatkan pada awal tahun ini.
Dalam perjanjian tersebut, OpenAI, Softbank, MGX dan Oracle akan mencari dana dan menubuhkan 20 pusat data dengan pelaburan $500 bilion dalam tempoh empat tahun.
Tapak Stargate 1, lokasi pusat data Stargate pertama adalah di Abilene, Texas.
Infrastrukur Stargate Project yang diumumkan pada awal tahun ini dijangka akan memerlukan 10GW kuasa elektrik untuk menguasakan bukan sahaja pusat data dan mesin pelayan di dalamnya, tetapi juga untuk rangkaian internet dan pelbagai infrastruktur lain.
Untuk projek yang baru diumumkan ini, OpenAi mengatakan ia akan menambahakan keperluan untuk 4.5GW kuasa elektrik untuk menguasakan 2 juta cip pemprosesan AI tambahan.
Seperti yang sedia maklum, Stargate Project yang diumumkan pada awal tahun ini akan menggunakan khidmat cip pemprosesan AI NVIDIA Blackwell Ultra yang menggunakan 1.4kW kuasa untuk setiap kad grafik.
Tidak diketahui jika Stargate Project terbaharu ini akan menggunakan kad grafik tersebut ataupun NVIDIA Rubin Ultra yang akan menggunakan 3.4kW kuasa, yang dijangka dilancarkan pada tahun 2027.
OpenAI berkata pembukaan pusat data ini akan menjana 100,000 pekerjaan baharu bukan sahaja dari segi pembangunan dan operasi, tetapi juga dari segi sektor tenaga yang diperlukan untuk menguasakan pusat data tersebut. -Amanz
Topic Berkaitan
#OpenAI
#pusat data
#NVIDIA
#Oracle
#Stargate Project
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan