awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT keluarkan peringatan akhir susulan penguatkuasaan perintah khidmat masyarakat
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi cari 4 penyelam warga Eropah hilang di Mersing ditangguh

Bernama
Bernama
06/04/2022
15:00 MYT
Operasi cari 4 penyelam warga Eropah hilang di Mersing ditangguh
Op Carilamat kemudiannya diaktifkan pada 2.45 petang melibatkan aset daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Jabatan Perikanan Malaysia. - Gambar/ Maritim Malaysia
JOHOR BAHRU: Operasi Carilamat empat penyelam warga asing yang dilaporkan hilang di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, tengah hari tadi, ditangguhkan pada 7.30 malam ini disebabkan faktor penglihatan yang terhad.
Pengarah Maritim Negeri Johor Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata pencarian empat mangsa tersebut akan diteruskan pada 7 pagi esok.
"Operasi hari ini melibatkan keluasan sektor pencarian 21.45 batu nautika persegi," kata beliau dalam satu kenyataan, malam ini.
Nurul Hizam berkata cuaca di laut dengan kelajuan angin antara 10 hingga 20 km sejam (km/h) dengan ketinggian ombak setinggi 0.5 meter sehingga 1 meter.
BACA: 4 warga Eropah hilang ketika menyelam di Mersing
Dalam kejadian tengah hari tadi, seorang remaja lelaki warga Belanda berusia 14 tahun, lelaki warga Britain berusia 46 tahun, wanita warga Perancis berusia 18 tahun dan wanita warga Norway berusia 35 tahun, yang dipercayai jurulatih menyelam, didapati hilang ketika membuat latihan selaman sekitar pulau berkenaan, yang terletak kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman, Mersing.
Beliau berkata laporan kehilangan tersebut dibuat oleh tekong bot yang membawa penyelam berkenaan apabila mendapati keempat-empat mereka tidak timbul selepas melakukan latihan selaman sekitar 12 tengah hari.
Nurul Hizam berkata Op Carilamat kemudiannya diaktifkan pada 2.45 petang melibatkan aset daripada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Jabatan Perikanan Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyelam hilang
#warga eropah
#Mersing
#Pulau Tokong Sanggol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan