awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi CIQS sempadan Sabah-Sarawak dihadkan

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
22/03/2020
07:35 MYT
Operasi CIQS sempadan Sabah-Sarawak dihadkan
Safar berkata, persetujuan itu dicapai antara Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak. - Foto Astro AWANI/Ruzaini Zulkepli.
Operasi Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) melibatkan sempadan Sabah dan Sarawak di Sindumin-Merapok akan dihadkan bermula jam 6 pagi sehingga jam 8 malam berkuatkuasa serta-merta.
Berbanding pengoperasian sebelum ini, CIQS itu beroperasi dari jam 6 pagi hingga jam 12 tengah malam.
Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Pengerusi Pusat Perintah COVID-19 Sabah, Datuk Safar Untong dalam satu kenyataan media pada Ahad.
"Selaras dengan persetujuan antara Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, maka kita telah memutuskan operasi (CIQS) Sindumin - Merapok, bermula jam 6 pagi hingga 8 malam berkuatkuasa hari ini," katanya.
Sementara itu, dalam perkembangan berasingan, beliau berkata, pihaknya turut memutuskan semua Ketua Kampung, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) dan Pengerusi Jawatankuasa Kesejahteraan Dalam Bandar perlu membantu kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan di bawah seliaan masing-masing.
Jelasnya, ini bagi meningkatkan usaha memutuskan rangkaian jangkitan COVID-19 sekali gus arahan terus berada di rumah dan meminimakan pergerakan keluar masuk ke kawasan masing-masing.
"Dalam pada itu, kita sekali lagi menegaskan supaya semua perhimpunan awam dan majlis keramaian seperti kenduri, perkahwinan dan acara-acara adat melibatkan orang ramai hendaklah dibatalkan.
"Sekatan jalan raya di seluruh Sabah sedang dikuatkuasakan untuk memastikan arahan Perintah Kawalan Pergerakan dipatuhi," katanya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Datuk Safar Untong
#Imigresen
#kastam
#keselamatan
#koronavirus
#Kota Kinabalu
#perhimpunan
#perkahwinan
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan