Bermula esok (1 Jun), operasi mesin pengeluaran automatik (ATM) akan kembali seperti biasa dan tidak lagi dihadkan dari pukul 8 pagi hingga 8 malam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismai Sabri Yaakob berkata, perubahan waktu operasi itu dibuat bagi memudahkan urusan orang ramai mengeluarkan wang di mesi tersebut.

“Kerajaan memutuskan bahawa mesin juruwang automatik atau ATM yang dulunya beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam boleh beroperasi seperti biasa seperti sebelum waktu-waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan.

“Jadi, kalau dulu tutup pukul 10 atau 11 malam tertakluk kepada bank-bank tertentu, kita benarkan operasi seperti biasa dan peraturan membenarkan ATM beroperasi seprti biasa akan bermula esok, 1 Jun 2020,” kata beliau dalam sidang media harian, di sini pada Ahad.

Bagaimanapun, kata Ismail Sabri, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi arahan penjarakan sosial sekurang-kurang satu meter ketika beratur menggunakan mesin ATM.