awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
Ungkapan 'cerai' hanya kiasan spontan, bukan motif politik - Alexander
SPRM akan siasat semula kes lama jika ada petunjuk baharu - Azam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi R&R di kawasan PKPB dilanjutkan hingga 12 tengah malam - PLUS

Bernama
Bernama
20/02/2021
15:43 MYT
Operasi R&R di kawasan PKPB dilanjutkan hingga 12 tengah malam - PLUS
Menurut PLUS, bagi negeri-negeri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia kekal beroperasi bermula 6 pagi hingga 10 malam. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) melanjutkan operasi premis makanan dan minuman di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) dan hentian sebelah di lebuh raya kendaliannya hingga 12 tengah malam di negeri-negeri yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail dalam satu kenyataan berkata, bagi negeri-negeri di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ia kekal beroperasi bermula 6 pagi hingga 10 malam.
“Selari dengan prosedur operasi standard (SOP) PKPB, waktu operasi terkini dan kapasiti tempat duduk berdasarkan kepada saiz meja sudah pasti memudahkan pelanggan lebuh raya yang melakukan perjalanan bersama keluarga atau kumpulan pekerja untuk makan bersama.
“Kami berharap langkah ini dapat membantu meningkatkan perniagaan kepada pengusaha gerai dan rakan niaga kami kerana pertambahan kunjungan orang ramai ke R&R sangat dialu-alukan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, semasa tempoh PKP dan PKPB, semua kemudahan di R&R dan hentian sebelah seperti tandas awam dan surau dibuka 24 jam dengan menjalankan pembersihan berjadual lebih kerap.
“Untuk menikmati pelbagai hidangan makanan dari gerai dan rakan niaga, PLUS menasihatkan pelanggan supaya dapat membuat Pra-Pesanan makanan menerusi Aplikasi PLUS atau klik https://orderdisini.plus.com.my/. Pelanggan juga boleh melayari Facebook rasmi PLUS Malaysia untuk mendapatkan maklumat mengenai fungsi Pra-Pesanan.
“PLUS juga menggalakkan pelanggan supaya memuat turun aplikasi PLUS bagi memudahkan mereka merancang perjalanan di lebuh raya dengan terdapatnya maklumat trafik terkini serta paparan kamera litar tertutup (CCTV) mengenai keadaan trafik di lokasi-lokasi kritikal di lebuh raya,” katanya.
- Bernama
Topic Berkaitan
#PLUS
#Rehat dan Rawat
#R&R
#lebuh raya
#PKPB
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan