KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kapal kargo MV Dai Cat 06 yang dilaporkan hilang sejak 9 Jan lepas, ditamatkan oleh Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia, Sabtu lepas.
Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som berkata operasi itu dihentikan selepas semua usaha yang dilaksanakan tidak menemui sebarang petunjuk.
"Meskipun koordinasi antara negara yang dibuat BASARNAS ditamatkan, pemantauan oleh aset Maritim Malaysia yang beroperasi di lapangan, terutama di perairan Malaysia berdasarkan posisi terakhir, akan tetap diteruskan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata BASARNAS juga akan mengaktifkan kembali pencarian sekiranya terdapat petunjuk baharu berkaitan MV Dai Cat 06 yang hilang di perairan Indonesia.
Dalam operasi itu BASARNAS telah menggerakkan empat aset terdiri daripada sebuah kapal, dua bot dan sebuah pesawat, melibatkan kawasan pencarian seluas kira-kira 800 batu nautika persegi di perairan Natuna, Indonesia, katanya.
Mohd Zubil berkata aset Maritim Malaysia dari Maritim Negeri Sarawak juga membuat pencarian di sempadan Malaysia-Indonesia di perairan Tanjung Datu hingga ke perairan Kuching, namun tiada sebarang petunjuk.
"Maritim Malaysia buat masa ini masih meneruskan siasatan berhubung kehilangan kapal MV Dai Cat 06 dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.
BACA: Kapal kargo hilang: Maritim siasat jika ada unsur jenayah
BACA: Kapal kargo MV Dai Cat 06 hilang 10 hari
Pada 9 Jan lepas, kapal kargo yang didaftarkan di Malaysia dan membawa muatan 527 batang paip bernilai RM726,205 berserta lima kru itu dipercayai hilang di perairan Indonesia, manakala laporan berhubung kejadian dibuat ejen kapal tersebut hari yang sama.
Dilaporkan MV Dai Cat 06 keluar dari Kampung Acheh, Perak pada 23 Dis 2022 menuju ke Kuching, Sarawak dan sepatutnya tiba pada 31 Dis 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 16 2023
Pada 9 Jan lepas, kapal kargo MV Dai Cat 06 yang didaftarkan di Malaysia dan membawa muatan 527 batang paip bernilai RM726,205 berserta lima kru dipercayai hilang di perairan Indonesia. - Foto Maritim Malaysia
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
KKDW peruntuk RM1.5 bil dalam RMK12 untuk pembangunan luar bandar Sarawak
Ia bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai upaya bagi mencipta masyarakat luar bandar yang kompetitif dan meningkatkan kualiti hidup mereka.
Koperasi dinasihat jangan amal konsep Ali Baba - Saarani
Katanya, tindakan berkenaan bukan hanya merugikan, bahkan ia tidak memberi nilai tambah bagi kemajuan dan pembangunan koperasi tersebut.
Melaka bakal bina litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa
Melaka akan membina sebuah litar kereta kawalan jauh bertaraf antarabangsa di atas tapak berkeluasan sehektar berhampiran Pantai Tanjung Bidara di sini, bermula November depan.
RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang hujung tahun ini
Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentangkan pada sidang Parlimen selewat-lewatnya hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Melaka mohon KPKT bina tapak pelupusan sisa pepejal sektor ICI
Sebanyak 30-40 peratus daripada keseluruhan sisa pepejal yang dibuang ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Sanitari Sungai Udang adalah sisa ICI.
Kerajaan nafi abai pencarian kapal kargo Malaysia hilang sejak Januari
Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan pihak Jabatan Laut memantau secara serius dan memastikan misi SAR diteruskan bersama-sama pihak berkuasa Indonesia.
APMM akan panggil pemilik, keluarga anak kapal MV Dai Cat 06
APMM akan membuka kertas siasatan dan memanggil pemilik kapal, keluarga anak kapal termasuk ejen kapal berkenaan.
'Kak, hari-hari kami tidur pakai jaket keselamatan' - Anak kapal MV Dai Cat 06
Adiknya Derrent meluahkan kebimbangan itu apabila kargo mula dimuatkan ke dalam kapal tersebut sebelum ia hilang sejak 9 Jan lepas.
Operasi SAR MV Dai Cat 06 antara negara ditamatkan - APMM
Operasi itu dihentikan selepas semua usaha yang dilaksanakan tidak menemui sebarang petunjuk.
Kapal kargo hilang: Maritim siasat jika ada unsur jenayah
Pencarian masih diteruskan oleh Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia di perairan Natuna, negara berkenaan.