Skip to main content

Malaysia

Operasi tren di Stesen JB Sentral ditutup sementara mulai esok

71765529535_TBets.jpg
Penumpang dinasihat agar mematuhi papan tanda serta arahan petugas bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan sepanjang tempoh penutupan. - Gambar fail/ Bernama

KUALA LUMPUR: Operasi perkhidmatan tren di Stesen JB Sentral akan ditutup sementara bermula esok, bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pelancaran struktur truss bagi Projek Sistem Transit Rapid (RTS) Link Johor Bahru-Singapura.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang tempoh penutupan itu, penumpang yang terlibat bagi tren ETS EP9535 dan EG9449 akan meneruskan perjalanan menggunakan perkhidmatan bas perantara yang disediakan antara Stesen Keretapi Kempas Baru dan JB Sentral.

“Kawasan khas untuk menaikkan dan menurunkan penumpang turut disediakan di kedua-dua lokasi, dengan petugas serta ambassador turut ditempatkan di kawasan terlibat bagi membantu dan membimbing penumpang.

“Penumpang dinasihat agar mematuhi papan tanda serta arahan petugas bagi memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan sepanjang tempoh penutupan,” menurut kenyataan itu.

Penumpang yang terkesan boleh menghubungi Pusat Panggilan KTMB menerusi talian 03-97791200 untuk maklumat lanjut.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement