awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operator kilang terjatuh elak bangkai anjing, maut dilanggar Myvi

Sinar Harian
Sinar Harian
03/08/2023
08:08 MYT
Operator kilang terjatuh elak bangkai anjing, maut dilanggar Myvi
Mangsa (gambar kecil) yang dalam perjalanan ke tempat kerja dipercayai hilang kawalan ketika cuba mengelak bangkai seekor anjing di tengah jalan. - Gambar/ Sinar Harian
MELAKA: Seorang operator kilang wanita maut dilanggar sebuah kereta selepas terjatuh ketika cuba mengelak bangkai anjing di Jalan Tun Fatimah di sini pada pagi Khamis.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian jam 7.50 pagi itu berlaku ketika mangsa, Nur Eliya Ezzatul Rabu, 24, yang menunggang motosikal jenis Yamaha Ego Avantiz dari arah Bukit Rambai menghala ke Batu Berendam.
Menurutnya, setiba di lokasi kejadian mangsa yang dalam perjalanan ke tempat kerja telah hilang kawalan ketika cuba mengelak bangkai seekor anjing yang berada di tengah jalan.
"Mangsa telah terjatuh di atas jalan dan pada masa itu, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dari arah bertentangan yang dipandu wanita berusia 31 tahun tidak dapat mengelak lalu melanggar mangsa.
"Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Tambah beliau, mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.
"Siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#elak anjing
#elak bangkai
#wanita maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan