Semua operator Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diberi tempoh enam bulan untuk mendapatkan persijilan MS ISO 9001:2008 bagi membolehkan mereka terus menguruskan operasi di kem-kem PLKN seluruh negara.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pada masa ini hanya 10 peratus sahaja daripada operator yang sedang menguruskan 79 kem PLKN seluruh negara telah mempunyai sijil tersebut.
"Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 ini adalah bertujuan untuk memastikan semua sistem kerja dan operasi di kem berjalan lebih sistematik dan teratur sekali gus dapat menghasilkan perkhidmatan berkualiti.
"Operator kem ini adalah pihak swasta yang dilantik menguruskan operasi kem seperti operator penyediaan makanan, pengurusan latihan dan prasarana," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Kem PLKN Sri Perkasa, Mantin, di sini hari ini.
Hishammuddin berkata, jika operator berkenaan gagal memperoleh persijilan tersebut, perkhidmatan mereka mungkin ditamatkan bagi menjamin pengurusan yang berkualiti selain keselamatan pelatih.
"Selagi mereka (operator kem) tidak memperbaiki apa yang perlu diperbaiki, tiada tempat bagi mereka untuk beroperasi di kem kerana kita tidak akan berkompromi mengenai soal keselamatan dan kejayaan program ini," katanya.
Katanya, bagi pihak Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), semua kemnya termasuk ibu pejabatnya telah mempunyai persijilan tersebut kecuali dua kem iaitu Kem PLKN Muadzam Shah, Pahang dan Kem PLKN Marang, Terengganu yang telah ditutup sementara baru-baru ini.
Dalam pada itu, beliau berkata satu mesyuarat bersama Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN) dijangka diadakan minggu depan bagi memperhalusi dan memutuskan perancangan yang lebih besar selain hala tuju yang lebih jelas untuk program PLKN.
"Pencapaian yang selama ini kita banggakan tidak mencukupi dan kita mahu anjakan kepada tahap yang lebih tinggi lagi terutama berkaitan semangat kesukarelaan dan semangat cintakan tanah air," katanya.
Turut hadir pada majlis itu Pengerusi MLKN Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narashid dan Ketua Pengarah JLKN Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.
Bernama
Sun Jan 05 2014
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Rumah Terbuka Selangor Sabtu ini
Majlis akan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, juadah menarik serta persembahan daripada penyanyi terkenal tanah air.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).