awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ops Cantas khas besar-besaran di Sabah dalam waktu terdekat - KPN

Bernama
Bernama
12/09/2013
10:48 MYT
Ops Cantas khas besar-besaran di Sabah dalam waktu terdekat - KPN
Polis akan mengadakan Ops Cantas Khas secara besar-besaran di Sabah dalam waktu terdekat.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ia antara lain bertujuan membanteras kongsi gelap dan individu yang terbabit dengan jenayah berat.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai tarikh dan lokasi operasi berkenaan.
"Kita tidak mahu membocorkan maklumat yang boleh menjejaskan operasi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Persidangan Teknologi Keselamatan Antarabangsa 2013 di sini hari ini.
Ops Cantas Khas yang bermula 17 Ogos lalu telah menahan 4,806 orang daripada 122,255 orang yang diperiksa sehingga 6 Sept lalu.
Persidangan teknologi keselamatan selama dua hari berakhir esok itu merupakan sebahagian daripada penganjuran Pameran dan Persidangan dan Pameran Kebakaran dan Keselamatan Antarabangsa Asia Tenggara 2013 (IFSEC).
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Negara
#Ops Cantas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan