awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ops Dadu: Polis berkas 1,739 individu, sita wang lebih RM162,000

Bernama
Bernama
11/07/2014
01:18 MYT
Ops Dadu: Polis berkas 1,739 individu, sita wang lebih RM162,000
Polis Selangor sentiasa mengambil tindakan pemantauan dan pembanterasan terhadap kegiatuan perjudian. -Gambar Fail
Polis menahan 1,739 penjaga premis mesin judi selain menyita wang tunai RM162,368 dalam Ops Dadu bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini di Selangor.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata sepanjang tempoh itu juga polis merampas 27,980 mesin judi.
Jumlah tangkapan itu meningkat 98 peratus berbanding 877 orang bagi tempoh sama tahun lepas, katanya dalam kenyataan di sini pada hari Khamis.
Sementara itu, beliau berkata dalam tempoh 12 hari lepas sejak 29 Jun, polis menahan 305 penjaga premis kafe siber serta 30 pelanggan yang sedang berjudi menerusi 379 serbuan yang dilakukan di seluruh negeri.
Polis juga merampas wang tunai berjumlah RM29,037 serta 6,077 mesin judi, katanya.
Beliau berkata dalam operasi khas terhadap enam kafe siber di Ampang Jaya malam semalam pula, polis menahan enam lelaki warga tempatan.
Lima daripada premis itu didapati tidak berlesen dan polis menyita 108 set komputer dan tujuh modem selain wang tunai RM382.
Kes disiasat menurut Seksyen 4B(A) Akta Rumah Judi Terbuka dan Seksyen 3 Enakmen Tempat-Tempat Hiburan Negeri Selangor.
Abdul Samah berkata polis Selangor sentiasa mengambil tindakan pemantauan dan pembanterasan terhadap kegiatuan perjudian bagi mencapai matlamat negeri Selangor zon 'sifar' perjudian.
Topic Berkaitan
#Abdul Samah Mat
#mesin judi
#Ops Dadu
#polis
#tangkapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan