awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ops Noda: Lima penjawat awam antara 10 ditahan

Bernama
Bernama
30/10/2022
20:40 MYT
Ops Noda: Lima penjawat awam antara 10 ditahan
Turut ditahan seorang lelaki tempatan yang merupakan penjaga premis, tiga lelaki Bangladesh dan seorang pelayan wanita warga Vietnam. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Lima penjawat awam antara 10 individu yang ditahan kerana memiliki dadah dalam Ops Noda di sebuah premis hiburan di Jalan Puchong, di sini Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Amihizam Abdul Shukor berkata ketika serbuan pada 11.45 malam itu, lima penjawat awam terbabit berada di dalam sebuah bilik bersama dadah jenis methamphetamine dianggarkan seberat 0.87 gram, pil erimin 5 (7.38 gram) dan ganja (5.65 gram).
"Ujian saringan air kencing yang dijalankan mendapati empat daripada mereka positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine, manakala seorang lagi positif dadah jenis ketamin," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurutnya dadah dianggarkan bernilai RM1,800 itu boleh dibekalkan kepada lima hingga 10 pengguna dadah dan polis masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti sumber bekalan bahan terlarang tersebut.
Amihizam berkata turut ditahan seorang lelaki tempatan yang merupakan penjaga premis, tiga lelaki Bangladesh dan seorang pelayan wanita warga Vietnam.
Katanya kesemua mereka direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan Seksyen 12 (2), Seksyen 6 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 selain Seksyen 4 Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992, Seksyen 55B dan Seksyen 6(1) (C) Akta Imigresen 1959 /63.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ops Noda
#penjawat awam
#PDRM
#ditahan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan