BANTING: Taktik sering bertukar tempat pertemuan jual beli dadah tidak berhasil apabila 29 penagih termasuk seorang warga Bangladesh, ditahan menerusi Ops Sarang yang dijalankan pihak polis di kebun kelapa sawit di Jalan Klang-Banting, Sri Cheeding, Jenjarom dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat Supt Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh berkata kesemua lelaki tersebut ditahan hasil penangkapan seorang pengedar dadah berusia 30an di kebun tersebut.
"Selepas ditangkap tokan dadah itu, polis kemudian menunggu para pelanggannya untuk datang ke kebun itu dan berhasil menangkap 28 lagi penagih, termasuk seorang warga Bangladesh pada hari yang sama," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata hasil ujian air kencing yang dijalankan menunjukkan kesemua suspek yang menganggur termasuk tokan dadah itu positif dadah jenis opiate (candu), dan hasil semakan polis mendapati kesemua mereka mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
Selain itu katanya polis turut merampas dadah seberat 25.4 gram bernilai RM500 dan wang tunai RM350 yang merupakan wang hasil dari jualan dadah.
Beliau berkata kesemua suspek berusia antara 20 hingga 50 tahun kini ditahan reman selama empat hingga tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.
Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, Seksyen 12 (2) ADB 1952 dan Seksyen 15 (1)(a) ADB 1952.
Sementara itu, katanya pada Selasa lepas polis Kuala Langat telah menahan lima suspek lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes samun dan pecah rumah yang aktif melakukan jenayah tersebut sejak tiga bulan lalu.
"Pihak polis percaya dengan penangkapan kesemua suspek berusia 18 hingga 30 tahun, kita telah berjaya menyelesaikan sekurang-kurangnya 10 kes samun dan 10 kes pecah rumah di sekitar Banting, Kuala Selangor dan Klang," katanya.
Beliau berkata kesemua suspek yang turut mempunyai rekod lampau berkaitan kes jenayah dan dadah kini direman selama enam hari dan kes disiasat dibawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 06 2022

Ahmad Ridhwan (tengah) bersama para pegawainya menunjukkan barang rampasan pada sidang media, Khamis. -Bernama

Seorang rentung, unit pangsapuri terbakar
Setakat ini seorang mangsa yang belum dikenal pasti dilaporkan rentung dalam kebakaran tersebut.

EPL: Manchester United dapat khidmat Marcel Sabitzer daripada Bayern Munich
Pemain kebangsaan Austria berusa 28 tahun itu menjadi sasaran Erik ten Hag pada hari terakhir jendela perpindahan.

EPL: Chelsea pecah rekod pembelian termahal tandatangani Enzo Fernandez
Enzo Fernandez akhirnya melengkapkan perpindahan ke Chelsea, sekali gus menjadi pembelian termahal dalam sejarah EPL.

Peguam Negara AS | Video Trump beri keterangan bersumpah didedahkan
Pejabat Peguam Negara New York mendedahkan video bekas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ketika memberi keterangan bersumpah Ogos lalu dalam siasatan kes penipuan sivil. Trump membuka keterangan bersumpah itu dengan menggunakan pindaan kelima dan enggan menjawab soalan yang diberikan Peguam Negara.

Perhilitan | Operasi bersepadu pelbagai agensi, NGO akan diperkasakan
Perhilitan bertekad meneruskan operasi penguatkuasaan secara bersepadu iaitu 'Biodiversity Protection and Patrolling Programme (BP3) di seluruh Semenanjung. Melalui BP3 jelasnya, program Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) bersama agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan akan dilaksanakan.

Seludup Hidupan Liar | Kini boleh didenda hingga RM1 juta, penjara 15 tahun
Jabatan Perlindungan Hidupan liar dan Taman Negara (Perhilitan) Semenanjung Malaysia akan menguatkuasakan 44 Seksyen di bawah Akta Pemulihan Hidupan Liar (Pindaan) 2022 [Akta A1646] bermula hari ini. Menurut Perhilitan dalam satu kenyataan, penguatkuasaan Akta A1646 bakal menyaksikan peningkatan penalti bagi kesalahan jenayah hidupan liar yang melibatkan beberapa kesalahan menyimpan, memburu dan menyeludup hidupan liar.

AWANI Ringkas: KJ jamin tidak ambil tindakan jejaskan kesejahteraan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Perancis lumpuh, ramai mogok bantah usia persaraan
Kira-kira sejuta orang dilaporkan turun ke jalan raya di seluruh negara semalam untuk tujuan itu.

Lelaki Switzerland punyai jangka hayat paling tinggi di dunia
Menurut Stephane Cullati dari Universiti Fribourg, terdapat hubung kait antara tahap pendidikan dan purata jangka hayat.

Pelancong | Masa untuk rombak sektor pelancongan
Cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga) mengunjurkan ketibaan pelancong di Malaysia melonjak hampir empat kali kepada 9.6 juta pada 2023 daripada anggaran 2.5 juta tahun lalu. Kenanga menjelaskan unjuran itu disokong oleh penyambungan semula perjalanan udara bagi urusan perniagaan dan pelancongan di seluruh dunia apabila pandemik COVID-19 berakhir, pembatalan semua kuarantin semasa ketibaan dan keperluan saringan di Malaysia mulai 1 Ogos, 2022 selain pembukaan semula China secara beransur-ansur.

Malaysia, Indonesia bersama tangkis tomahan terhadap minyak sawit - TPM
Fadillah berkata kementerian akan memastikan proses kemasukan pekerja asing berjalan lancar bagi terus mendorong peningkatan pengeluaran MSM pada 2023.

Padah sogok polis RM100, buruh warga Bangladesh ditahan
Lelaki itu menyogok wang kepada anggota polis sebagai balasan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memandu kereta tanpa lesen.

Sindiket bekal tenaga kerja, PLKS palsu didalangi warga Bangladesh tumpas
Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket membekal tenaga kerja warga asing dan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu, yang didalangi dua warga Bangladesh dalam empat serbuan di Klang semalam.

Tiada unsur pemerdagangan, kanak-kanak dalam kontena akan dihantar pulang - Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution berkata, laporan dan siasatan polis telah dijalankan dan mendapati tiada unsur pemerdagangan manusia terlibat.

Terperangkap dalam kontena selepas bermain dengan rakan
Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong berkata, tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu.

Kanak-kanak terperangkap 6 hari dalam kontena diselamatkan
Seorang kanak-kanak lelaki warga Bangladesh ditemui dalam kontena yang dipercayai baharu tiba di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang di sini pada Rabu.

Pekerja warga Bangladesh maut kena serangan jantung
Siasatan mendapati mangsa berumur 43 tahun itu bekerja sebagai pemasang mozek di kondominium berkenaan.

Tukang masak warga Bangladesh didakwa bunuh pesakit mental
Seorang tukang masak warga Bangladesh dihadapkan di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang penghuni lelaki di sebuah pusat jagaan sakit mental di Bukit Beruntung.

Kereta api Line 6 kurangkan kesesakan Dhaka - PM Bangladesh
Projek kereta api yang dikenali sebagai Line 6 itu, sebahagian besarnya dibiayai oleh Jepun, dirasmikan Perdana Menteri pada Rabu.

Bangladesh lancar vaksin COVID-19 dos keempat
Individu berumur 60 tahun ke atas dan lengkap suntikan penggalak ketiga juga layak menerima suntikan vaksin berkenaan.