GUA MUSANG: Seramai 30 Orang Asli dari tiga penempatan di sini membuat laporan polis, kerana mendakwa berlaku pencerobohan tanah berdekatan penempatan mereka, yang dikatakan semakin berleluasa sejak tiga bulan lepas.
Mereka mewakili kira-kira 1,000 penduduk Orang Asli suku kaum Temiar yang tinggal di perkampungan Kampung Cedal, Kampung Ber, dan Kampung Kerbok dari Pos Ber; serta Kampung Mendrod; dan Kampung Haed dari Pos Brooke.
Timbalan Pengerusi Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JKOAK) Nasir Dollah, 36, berkata laporan dibuat berkaitan isu pembalakan dan juga perladangan, yang dipercayai akan dilaksanakan dalam masa terdekat setelah dimaklumkan oleh wakil syarikat pemaju, baru-baru ini.
"Pada awalnya kita telah berjumpa dengan pihak syarikat untuk meminta mereka membatalkan hasrat berkenaan, memandangkan kami dimaklumkan projek tersebut berkeluasan lebih 800 hektar yang mana akan menjejaskan tanah wilayah adat Orang Asli dan sekali gus akan memberi kesan kepada kehilangan hak Orang Asli di sana.
"Ia juga melibatkan kawasan kebun penduduk dan berhampiran kawasan perkampungan, ia akan memberi kesan kepada keseluruhan aktiviti, malah cara hidup kita di sana akan terkesan jika projek ini dilaksanakan di tempat itu," katanya ketika ditemui pemberita di Bandar Baru, di sini hari ini.
Wakil penduduk Kampung Mendrod, Pos Brooke Legek Alang, 69, berkata projek penanaman durian telah pun bermula di perkampungannya sejak Julai, yang mengakibatkan air kegunaan penduduk tercemar, justeru mengharapkan kawalan daripada pihak berwajib terhadap aktiviti tersebut.
"25 Julai lepas (pembukaan kebun) sudah bermula dan sekarang tinggi pokok telah mencecah kira-kira tiga kaki. Kami seramai lebih 500 penduduk sangat kecewa, sebab tanah dari projek kebun menyebabkan sungai menjadi keruh dan memberi kesan kepada tandak air kami," katanya yang juga membuat laporan polis berkenaan permasalah terbabit.
Bagi penduduk Kampung Haed, Pos Brooke Ramli Ajom, 34, juga berharap isu berkenaan mendapat pemantauan dari pihak kerajaan negeri, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Pejabat Tanah Jajahan Gua Musang, serta Jabatan Alam Sekitar ke atas masalah melibatkan tadahan air mereka.
Seorang penduduk Pos Ber Uda Jenang, 59, berharap masalah penerokaan tanah yang didakwa semakin menjadi-jadi di kawasan penempatan mereka, mendapat perhatian sewajarnya dari pihak kerajaan.
"Saya merayu kepada kerajaan tolonglah jalankan projek di tempat lain dan jangan ganggu masyarakat Orang Asli yang tinggal di kawasan pedalaman. Kerajaan baharu ini tolonglah selesaikan dan dengarkan keluhan kami yang telah sekian lama tinggal di pedalaman," katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo, mengesahkan menerima laporan dibuat kumpulan Orang Asli terbabit.
"Kami menerima tiga laporan dari 30 wakil Orang Asli dari penempatan di Tanah Tinggi Lojing," katanya
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 16 2023
Kawasan Tanah Tinggi Lojing menjadi antara kawasan pengeluaran sayur-sayuran utama negara. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 21 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia, Thailand buat perhitungan di final double, regu
Skuad negara berjaya mencapai sasaran layak ke final acara regu dan double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
10 Berita Pilihan - (21 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penyasaran subsidi: Satu langkah berani diambil kerajaan - Prof Jomo
Prof Jomo juga melihat pendekatan tidak melaksanakan penyasaran subsidi secara mengejut atau sekali gus itu suatu yang penting.
Buletin AWANI Khas: Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung diskusi sempena Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Buletin AWANI Khas, bersama Penasihat Penyelidikan, Khazanah Research Institute, Prof. Dr Jomo Kwame Sundaram.
Lelaki Britain, 73 tahun individu yang maut dalam insiden gelora udara pesawat SIA
Insiden melibatkan pesawat dengan nombor pendaftaran SQ321 itu turut mengakibatkan tujuh penumpang lain berada dalam status kritikal akibat kecederaan yang dialami.
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Luluh hati ibu ketika tatap wajah anak yang maut dalam kemalangan lori simen di Lojing
Rohani Adi tidak menyangka anak keduanya Fauzi Ramli merupakan seorang daripada tiga mangsa yang maut dalam insiden itu.
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
ProKhas KPM akan pastikan setiap pelajar Orang Asli tidak keciciran
Selain dapat mengurangkan masalah keciciran dalam kalangan pelajar Orang Asli, ProKhas berfungsi menyediakan kesamarataan untuk mereka.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
Orang Asli cedera dicakar harimau
Mangsa berusia 52 tahun mengalami cedera di muka dan beberapa anggota badan akibat dicakar pak belang.
Awang selami ilmu agama, bimbing masyarakat Orang Asli setempat
Sifat murni Awang untuk mengembangkan ajaran Islam membuahkan hasil apabila beliau berjaya mengislamkan ramai masyarakat Orang Asli.
Cuaca panas: Orang Asli hadkan aktiviti luar rumah, masuk hutan
Bahang cuaca panas menyebabkan masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Brooke terpaksa mengurangkan aktiviti di luar rumah dan masa bekerja di dalam hutan.
Orang Asli di Pahang tidak perlu khuatir ladang getah, kelapa sawit tetap beroperasi
Kerajaan negeri kini sedang melaksanakan beberapa tindakan ke atas tanah terlibat bagi memudahkan proses pembayaran cukai tanah sebagaimana dilakukan terhadap agensi lain.