GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli Bateq di Kampung Aring 5 di sini, mendakwa melihat kelibat harimau berkeliaran berhampiran kampung tersebut pada waktu malam sejak minggu lalu.
Seorang penduduk Ayob Abdul Razak, 35, mendakwa dia bersama rakan-rakannya menemukan kesan tapak kaki binatang tersebut di kawasan sungai yang terletak kira-kira tiga kilometer dari kampung tersebut.
"Beberapa hari lepas, kira-kira 11.30 pagi saya bersama dua rakan hendak pergi mandi di sungai yang terletak kira-kira tiga kilometer dari kampung dan jumpa kesan tapak kaki harimau.
"Kami yakin itu kesan tapak kaki harimau. Saya ambil gambar dan hantar dalam kumpulan WhatsApp dan minta orang kampung supaya berhati-hati untuk ke sungai atau bila keluar rumah," katanya kepada Bernama hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) Aring 5 Mohd Fazli Mamok turut mendakwa penduduk kampung terjumpa kesan tapak kaki harimau di kawasan ladang kelapa sawit di kampung tersebut.
"Ada penduduk yang ternampak harimau berkeliaran di kawasan ladang kelapa sawit terletak kira-kira 400 hingga 600 meter dari kampung ini," katanya.
Sementara itu Tok Batin Aring 5, Raina Anjang berharap agar kehadiran haiwan liar terbabit berhampiran kawasan penempatan mereka mendapat perhatian dan tindakan dari pihak berkuasa.
"Saya mengalu-alukan tindakan selanjutnya supaya binatang buas ini boleh ditangkap. Sebab bimbang dengan keselamatan orang kampung, saya dah berbincang tidak membenarkan mereka masuk bekerja dalam hutan selagi tidak dapat harimau tersebut.
"Harapan saya supaya harimau ini ditangkap kerana kalau kita biar sepanjang masa jadi begini susah orang kampung mencari makan," katanya.
Sementara itu, ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim berkata pihaknya sekali lagi memohon perhatian dari pihak berkaitan supaya tindakan segera diambil berhubung perkara tersebut.
"Kita sudah bawa isu berkaitan ancaman hidupan liar terhadap masyarakat Gua Musang sebelum ini, insya-Allah pada Sidang Dewan Rakyat pada 22 Mei nanti kita kemukakan semula isu ini dengan kementerian terbabit," katanya.
Pada 9 Mei lepas, seorang penduduk Kampung Aring 5, Halim Asin, 27, menjadi mangsa serangan harimau ketika memancing bersama anak saudaranya Alang Kuang, lapan tahun di Sungai Aring.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 19 2023
Penduduk mendakwa menemukan kesan tapak kaki binatang tersebut di kawasan sungai yang terletak kira-kira tiga kilometer dari kampung itu. - Gambar hiasan
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Kad Haji Nusuk mula diedar, berkuatkuasa selepas 6 Jun
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
DAP teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan sentiasa berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan dan memperjuangkan prinsip keadilan sebagaimana tokoh politik parti dan bekas pengerusinya, mendiang Datuk Seri Karpal Singh.
PM sifatkan Isreal sebagai kolonial apartheid
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyifatkan Israel sebagai sebuah kolonial apartheid kerana melakukan jenayah kemanusian ke atas rakyat Palestin.
Starlink sudah tiba di Indonesia
Bilionair yang juga pemilik SpaceX optimis dengan inovasi perkhidmatan jalur lebar dengan teknologi satelit Starlink yang dicipta syarikatnya mampu memberi capaian internet yang meluas khusus sekali di kawasan-kawasan pedalaman Indonesia. Beliau yang juga merupakan pemilik jenama kenderaan elektrik terkemuka, Tesla dan laman sensasi 'X' kini berada di pulau pelancongan, Bali untuk melancarkan sistem khidmat itu yang turut memberi impak besar kepada sektor kesihatan negara berkepulauan terbesar di dunia itu.
10 Berita Pilihan - (19 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Seekor lagi harimau belang dilihat di Kampung Ulu Kuang, Ipoh - Perhilitan
Perhilitan Perak mengesahkan menerima aduan berhubung kehadiran seekor lagi harimau belang di sekitar Kampung Ulu Kuang, Chemor.
Perhilitan pasang perangkap selepas terima laporan kemunculan harimau
Perhilitan Perak mengesahkan telah menerima laporan mengenai kemunculan seekor harimau belang berkeliaran di Jalan Baling-Kuala Kangsar.
Perhilitan halau harimau belang di Kampung Kenering ke hutan
Tindakan telah diambil untuk menghalau harimau berkenaan supaya masuk semula ke habitatnya di Hutan Simpan Papulut.
Shabaini pernah jumpa kesan tapak kaki harimau - Penduduk
Mangsa yang dikenali sebagai Shabaini mendakwa menemukan jejak itu di belakang batu besar yang terdapat di ladang berkenaan.
Lelaki maut dibaham harimau di Gua Musang
Mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah selepas keluar menyumpit berhampiran kawasan Kampung Sugi pada Selasa.
Orang Asli Pos Bihai dakwa harimau berkeliaran berhampiran rumah
Penduduk Kampung Tendrik Apek Asud, 39, berkata terbaharu beberapa tapak harimau ditemukan berhampiran rumah penduduk kampung itu, semalam.
Orang Asli nampak harimau berkeliaran berhampiran kampung di Gua Musang
Masyarakat Orang Asli Bateq di Kampung Aring 5, mendakwa melihat kelibat harimau berkeliaran berhampiran kampung tersebut pada waktu malam sejak minggu lalu.
Operasi SAR Orang Asli dikhuatiri dibaham harimau masuk hari kedua
Kumpulan 14 anggota penyelamat yang terdiri daripada anggota polis, APM serta Perhilitan terpaksa bermalam di dalam hutan malam tadi.
Perhilitan Perak sahkan kehadiran harimau belang di Bukit Berekeh
Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata Unit Harimau sedang melakukan pemantauan di Bukit Berekeh, Sungai Siput, ketika ini.
Menggigil nampak 'pak belang' lintas jalan di Rembau
Seorang pekerja buruh binaan mendakwa ternampak harimau belang melintas jalan di Kampung Batu Putih berhampiran Sekolah Kebangsaan Chengkau di Rembau pada Isnin.