IPOH: Peranan pengamal media dalam menyediakan informasi sahih tidak dapat disangkal apatah lagi pada zaman teknologi maklumat yang menyaksikan penyebaran berita palsu melalui media sosial berleluasa.
Bagi pengunjung Karnival Mini sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 yang sedang rancak berlangsung di Mydin Mall, Meru Raya di sini, pameran yang berlangsung banyak memberi maklumat bagaimana media berfungsi menyediakan berita sahih kepada orang ramai.
Rata-rata mereka berpandangan maklumat dan informasi tepat daripada pengamal media memudahkan orang awam untuk mengetahui isu semasa dengan pantas dan benar.
Anggota polis Mohd Rizan Ishak, 35, berkata peranan pengamal media menyalurkan maklumat melalui liputan di dalam dan luar bandar adalah amat penting kepada masyarakat.
"Saya rasa peranan mereka (pengamal media) amat penting kerana ia memudahkan orang awam mendapatkan informasi yang terbaharu.
"Maklumat juga pantas diperoleh lebih-lebih lagi jika ingin mendapatkan perkembangan terkini tentang sesuatu isu semasa contohnya kes pembunuhan dan sebagainya," katanya ketika ditemui di karnival itu di sini pada Sabtu.
Sementara itu, seorang penjawat awam Khairiah Abd Rashid, 38, berkata dia melanggan beberapa organisasi berita secara dalam talian kerana ingin mendapatkan maklumat dengan pantas.
"Sekarang ini zaman di hujung jari yang kita hanya boleh mencarinya melalui aplikasi dalam talian. Saya tidak selesa membaca berita daripada 'portal' kerana sering mendapat maklumat yang tidak tepat," katanya.
Nur Farzana Hazim, 10, pula berkata kunjungan ke karnival itu bersama keluarganya mencambah minatnya untuk menjadi warga media apabila dewasa nanti.
"Saya suka melihat wartawan membaca berita melalui televisyen kerana dilihat menarik dan berani. Saya ada tengok berita pada waktu malam dengan keluarga. Saya mahu jadi wartawan apabila besar nanti kerana lihat pembaca berita sangat cantik dan tampan dalam televisyen," katanya.
Pelbagai aktiviti menarik sedang berlangsung di Karnival Mini HAWANA yang bermula hari ini hingga esok seperti slot interaksi bersama personaliti Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), sesi 'pocket talk' 'sayadigital' serta sesi temu mesra bersama artis dan selebriti tempatan.
Tidak ketinggalan program santai 30 minit bersama beberapa agensi seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), RTM, CyberSecurity Malaysia, Persekutuan Persatuan-Persatuan Wartawan Sarawak (Media Sarawak), Jabatan Penerangan (JaPen), Tourism Perak, Tourism Selama dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 28 2023
Peranan pengamal media dalam menyediakan informasi sahih tidak dapat disangkal apatah lagi pada zaman teknologi maklumat yang menyaksikan penyebaran berita palsu melalui media sosial berleluasa. - Gambar hiasan/BERNAMA
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
HAWANA 2023: Pandangan kritis, idea bernas media bantu tambah baik pentadbiran kerajaan
Media memainkan peranan penting sebagai medium untuk melontarkan pandangan kritis dan idea bernas bagi penambahbaikan dalam urusan pentadbiran kerajaan.
Orang ramai akui peranan pengamal media "perangi" berita palsu, saluran info tepat
Peranan pengamal media dalam menyediakan informasi sahih tidak dapat disangkal apatah lagi pada zaman teknologi maklumat yang menyaksikan penyebaran berita palsu melalui media sosial berleluasa.
Media berperanan bantu reda konflik Malaysia-Indonesia
Mokhtar turut menyentuh isu kebebasan dan tanggungjawab media untuk bersama-sama membantu negara menentang amalan rasuah.
Media berperanan besar pengaruhi belia, ummah - Tokoh akademik
Media berperanan besar dalam mempengaruhi minda golongan muda dan ummah untuk menjadi warganegara yang baik serta cemerlang dalam negara majmuk seperti Malaysia.
Indeks jenayah turun namun persepsi positif tidak meningkat - TPM
Indeks jenayah seluruh negara dilaporkan menurun namun persepsi masyarakat terhadap kejayaan penurunan indeks itu tidak meningkat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.