awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Negara harus diselamatkan daripada ancaman fahaman perpecahan - PM Anwar
PLUS–RELA ganding bahu lancarkan trafik musim perayaan
AI.com milik rakyat Malaysia dijual AS$70 juta: Ini 5 perkara menarik!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang ramai dijemput ke Program Jiwa dan Kita MADANI di Mydin Petra Jaya

Bernama
Bernama
17/05/2023
22:15 MYT
Orang ramai dijemput ke Program Jiwa dan Kita MADANI di Mydin Petra Jaya
Fahmi dijangka menghadiri Program Jiwa dan Kita MADANI yang akan berlangsung di Mydin, Petra Jaya, pada Sabtu. - Foto Facebook Jabatan Penerangan Sarawak
KUCHING: Orang ramai dijemput menghadiri Program Jiwa dan Kita MADANI yang akan berlangsung di Mydin, Petra Jaya, di sini pada Sabtu ini.
Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) Sarawak dalam kenyataan semalam memaklumkan, pelbagai aktiviti menarik akan dijalankan sepanjang program itu yang bertujuan menyebarluaskan pengertian dan penghayatan konsep Malaysia MADANI kepada masyarakat.
"Selain pameran Malaysia MADANI oleh Japen Sarawak, turut diadakan khidmat nasihat daripada pelbagai agensi kerajaan," menurut kenyataan itu.
Antara agensi kerajaan yang terlibat ialah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Negara (FINAS), Telekom Malaysia, Pusat Kesihatan Bahagian Kuching, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perkeso (My Future Jobs), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank Berhad.
Kenyataan itu memaklumkan, turut diadakan permainan dan kuiz interaktif, persembahan hiburan bermaklumat oleh artis Pentarama, Pusat Maklumat Rakyat dan Publisiti Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka.
Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil dijangka menghadiri program sehari itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Program Jiwa dan Kita MADANI
#Fahmi Fadzil
#Japen Sarawak
#konsep Malaysia MADANI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan