SEREMBAN: SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) menasihatkan orang ramai supaya menguruskan sisa bunga api dan mercun dengan lebih teratur selain tidak memasukkan bahan itu ke dalam tong sampah komunal di kawasan berhampiran masing-masing.
Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata tindakan berkenaan akan menyebabkan tong sampah rosak akibat terbakar sekali gus menyukarkan pekerja pembersihan untuk melupuskan sisa domestik.
"Dalam kemeriahan menyambut perayaan Aidilfitri bersama sanak-saudara dan keluarga serta rakan taulan, ada kemungkinan orang awam bermain bunga api dan mercun... terdapat kejadian sebelum ini tong sampah rosak terbakar akibat daripada mercun dibakar di dalamnya.
"Penggantian tong sampah segera dibuat bagi mengelakkan penduduk membuang sampah merata-rata tempat sehingga mencemarkan persekitaran.
"Tindakan vandalisme bukan sahaja melibatkan kos penggantian tong sampah malah menyukarkan orang ramai melupuskan sisa domestik," katanya dalam kenyataan semalam.
Sehubungan itu, beliau meminta kerjasama orang ramai untuk bersama-sama menjaga kemudahan tong sampah yang disediakan dengan menguruskan sisa mercun dengan baik atau tidak membakar mercun di dalam tong sampah berpusat atau tong sampah beroda.
Beliau berkata masyarakat juga perlu memainkan peranan dengan saling menasihati dan mengingatkan antara satu sama lain supaya tidak melakukan vandalisme kerana ia boleh mengundang risiko keselamatan kepada orang lain serta mencetuskan perkara lebih besar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024
Mohd Norlisam meminta kerjasama orang ramai bersama-sama menjaga kemudahan tong sampah yang disediakan dengan menguruskan sisa mercun dengan baik atau tidak membakar mercun di dalam tong sampah. - Gambar hiasan
Pemandu maut tersepit, nahas dua kenderaan di Lekir
Mangsa berusia 25 tahun itu disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan.
Usaha diplomasi antarabangsa untuk tamatkan konflik di Gaza - PBB
Diplomasi itu diharap dapat membantu mengurangkan konflik daripada merebak lebih luas.
AS desak Israel lindungi nyawa penduduk awam Palestin
Timbalan Duta Amerika ke PBB, Robert Wood mendesak Israel melindungi nyawa penduduk awam Palestin di Gaza.
Angin kencang 'alihkan' pesawat di parkir
Ribut pada Selasa itu turut menghasilkan hujan batu, termasuk tiupan setinggi 153 kilometer sejam di Dallas-Fort Worth.
AWANI Pagi: Debat Epitomi Minda Madani: Piala Timbalan Perdana Menteri
Debat MRSM Piala Timbalan Perdana Menteri bakal berlangsung pada 7 hingga 10 Jun depan bertemakan Debat Epitome Minda Madani. Ikuti temu bual bersama Shahrizal Mohd Saderi, Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah (BPM) MARA dan Ts Dato' Sayed Alfeizal Sayed Ahmad, Presiden MUAFAKAT MARA Malaysia bersama #AWANIPagi.
Warga emas rentung dalam kebakaran kereta
Mayat mangsa berusia 71 tahun itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Misteri lonjakan kes batuk kokol di Eropah
Lonjakan kes itu juga dikaitkan dengan penurunan imuniti dalam kalangan penduduk sejak pandemik COVID-19 melanda dunia pada awal 2020.
India rekod suhu 52.3 Celsius, panas melampau
Suhu musim panas yang luar biasa ini berkemungkinan akan reda bermula Khamis selepas angin dari Laut Arab menghampiri wilayah itu.
Israel guna helikopter tentera serang Rafah
Serangan terbaharu menyaksikan sebuah helikopter Israel melepaskan tembakan ke atas Rafah.
Rozila pecah tradisi wanita pertama urus operasi TH di Mekah
Menjadi wanita pertama menggalas tugas sebagai Pengarah Operasi Tabung Haji (TH) Mekah bagi musim 1445H/2024M, Rozila Omar Ali tidak pernah menyangka pengalaman dan kepakarannya menguruskan bahagian penyelidikan dan pembangunan haji di Jabatan Haji, ibu pejabat TH membuatkannya terpilih untuk jawatan tersebut, yang lazimnya dipikul lelaki.
Orang ramai diminta urus sisa mercun, bunga api dengan teratur
Tindakan berkenaan akan menyebabkan tong sampah rosak akibat terbakar sekali gus menyukarkan pekerja pembersihan melupuskan sisa domestik.
KPKT arah SWM Environment laksana penambahbaikan kerja pembersihan flat TUTA
KPKT mengarahkan SWM Environment untuk melaksanakan penambahbaikan segera terhadap kerja-kerja pembersihan di flat Taman Ungku Tun Aminah.
SWM tumpu operasi khas di 89 lokasi hotspot, elak longgokan sampah tidak terkawal
Lokasi yang dikenal pasti ialah di Melaka Tengah (53 lokasi), Alor Gajah (15 lokasi) dan Jasin (21 lokasi).
Bilas, kitar semula bekas pembungkus makanan dari bazar Ramadan- SWM Environment
SWM Environment menyeru orang ramai untuk membilas dan mengitar semula bekas plastik yang menjadi bahan pembungkus makanan dan minuman di bazar Ramadan.
Mualaf kongsi cabaran berpuasa
Walaupun bukan pertama kali berpuasa pada bulan Ramadan, ia tetap menjadi cabaran buat mualaf untuk menunaikan rukun Islam ketiga itu.
UTHM-SWM Environment rintis usaha ubah sisa makanan bazar Ramadan jadi baja kompos
Projek perintis ini melibatkan empat tapak bazar Ramadan iaitu Pesta, Bindu, Taman Universiti dan Parit Raja, Batu Pahat.
SWM sedia khidmat lupus sampah pukal percuma sempena Aidilfitri
Perkhidmatan itu diberikan secara percuma khususnya kepada mereka yang ingin melupuskan barangan lama seperti almari dan peti sejuk.