awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Otai Reformis nafi jadi punca kekecohan pada Himpunan Rakyat Bersatu

Bernama
Bernama
23/09/2015
06:37 MYT
Otai Reformis nafi jadi punca kekecohan pada Himpunan Rakyat Bersatu
Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) PDRM menyembur air ke peserta protes bagi menenangkan kekecohan yang berlaku di Jalan Petaling pada himpunan 16 Sept. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Otai Reformis hari ini tampil menyangkal dakwaan bahawa kumpulan itu adalah dalang di sebalik kekecohan di Jalan Petaling pada Himpunan Rakyat Bersatu, minggu lepas.
Jurucakap Otai Reformis, Shaiful Ariffin berkata sebanyak 500 wakil NGO berkenaan berada di sekitar kawasan Jalan Petaling ketika kekecohan berlaku untuk memantau pergerakan himpunan itu dan bukan terlibat sebagai peserta.
"Kami dikawal oleh polis sepanjang perhimpunan dan dinasihati oleh polis supaya tidak terlibat, jadi mustahil kekecohan itu berlaku atas provokasi yang dilakukan oleh kami," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau berkata tuduhan dilemparkan oleh penganjur himpunan itu mengaitkan Otai Reformis, hanyalah berkaitan sekeping kertas risalah yang kononnya disebarkan oleh NGO terbabit.
Pada Khamis lepas, Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia Datuk Jamal Md Yunos, yang juga penganjur Himpunan Rakyat Bersatu, dilaporkan berkata beliau tidak menolak kemungkinan insiden kekecohan di Jalan Petaling berpunca daripada provokasi dilakukan oleh Otai Reformis.
Topic Berkaitan
#Baju Merah
#Himpunan Rakyat Bersatu
#Jalan Petaling
#NGO
#Otai Reformis
#Shaiful Ariffin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan