awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zulhelmy dilantik Pemangku Panglima ATM
Tiada unsur jenayah dalam kebakaran ragut nyawa dua beranak
Lelaki gagal larikan rantai emas berharga RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

P. Pinang pertimbang adakan PRN serentak dengan PRU15

Bernama
Bernama
01/08/2022
11:20 MYT
P. Pinang pertimbang adakan PRN serentak dengan PRU15
Kerajaan Pulau Pinang berkemungkinan besar akan mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 sekiranya ia diadakan menjelang hujung tahun ini, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. - Gambar fail
SEBERANG PERAI: Kerajaan Pulau Pinang berkemungkinan besar akan mengadakan pilihan raya negeri (PRN) serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sekiranya ia diadakan menjelang hujung tahun ini.
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri perlu menilai semula keputusan yang dibuat sebelum ini iaitu tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan Parlimen.
"Kami akan menilai semula kedudukan sebelum ini, bergantung kepada berapa awal atau lewat PRU akan diadakan. Jadi, sekiranya PRU berlangsung menjelang hujung tahun, saya fikir dengan tempoh beberapa bulan lagi, kemungkinan besar ia (PRN) diadakan serentak," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas melawat beberapa lokasi di Tasik Gelugor di bawah program Jelajah Love Penang di sini hari ini, Chow yang juga Pengerusi DAP Pulau Pinang berkata, parti itu yakin dapat mengekalkan pentadbirannya di negeri itu.
Pada 18 Mac lepas, Chow berkata, tiada keperluan untuk PRN diadakan dalam masa yang sama dengan PRU dan kerajaan negeri berhak untuk menunggu hingga 2023 sebelum membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada PRN.
Terdapat 40 kerusi DUN di Pulau Pinang merangkumi Pakatan Harapan (PH) dengan 19 kerusi dimiliki DAP, PKR (12) dan Amanah (2) manakala Bersatu mempunyai empat kerusi, Barisan Nasional (BN) (2) dan Pas (1).
Bagi kerusi Parlimen, PH mempunyai 11 kerusi iaitu DAP (7) dan PKR (4) manakala BN dengan dua kerusi. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#pulau pinang
#pilihan raya negeri
#Pilihan Raya Umum ke-15
#Chow Kon Yeow
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan