awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis terima lima laporan kanak-kanak dipukul di tadika, dua penjaga ditahan
Pencemaran Sungai Sayong: JAS Johor, Jabatan Perikanan jalankan siasatan
Lelaki Palestin maut ditembak tentera Israel, peneroka haram bakar kenderaan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah cederakan ibu, lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 bulan

Astro Awani
Astro Awani
16/06/2019
10:26 MYT
Padah cederakan ibu, lelaki dijatuhi hukuman penjara 12 bulan
Muhammad Shah Rizan dijatuhi hukuman 12 bulan penjara kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap ibu kandungnya. -Astro AWANI
Seorang pemuda dijatuhi hukuman 12 bulan penjara kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap ibu kandungnya.
Keputusan itu dibuat selepas tertuduh Muhammad Shah Rizan Mohd Ghazali, 23, mengaku bersalah ketika pertuduhan dilakukan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Mengikut pertuduhan, Muhammad Shah Rizan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap ibunya, Zawati Ariffin, 50.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Telaga Daing, Seberang Takir, Kuala Nerus, pada 30 Mei lalu.
Berdasarkan fakta kes, mangsa cuba menyelamatkan anak perempuannya yang merupakan adik tertuduh yang disepak muka tanpa diketahui punca.
Namun tertuduh yang berang selepas ibunya masuk campur bertindak menendang pintu bilik sekuat hati hingga terbuka.
Mangsa yang ketika itu sedang menahan pintu terjatuh dan mengalami kecederaan di kaki dan jari tangan.
Pendakwaan dikendalikan pegawai pendakwa Inspektor Mohd Ridhuan Mohimadin manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.
Topic Berkaitan
#Abdul Hayyi Salim
#hukuman 12 bulan penjara
#Mohd Ridhuan Mohimadin
#Muhammad Shah Rizan Mohd Ghazali
#Seberang Takir
#Telaga Daing
#Zawati Ariffin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan