awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang tidak laksana solat Aidilfitri di masjid

Astro Awani
Astro Awani
14/05/2020
10:51 MYT
Pahang tidak laksana solat Aidilfitri di masjid
Menurut Abdul Rahman, solat sunat Aidilfitri itu boleh dilakukan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian ahli keluarga. - Gambar fail
Solat sunat Aidilfitri di Pahang pada 1 Syawal nanti tidak akan dilaksanakan di masjid berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun ini.
Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman berkata, sebaliknya pelaksanaan solat sunat berkenaan boleh dibuat di rumah kediaman masing-masing dengan diimamkan ketua keluarga.
Menurut Abdul Rahman, solat sunat Aidilfitri itu boleh dilakukan tanpa atau dengan khutbah mengikut kemampuan dan kesesuaian ahli keluarga.
"Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri yang ditetapkan sebegitu, dan kita tidak buka masjid untuk solat beramai-ramai.
"Jadi, umat islam boleh mengerjakan solat berjemaah (Aidilfitri) di rumah dengan membabitkan ahli keluarga di rumah saja," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata bagi imam, bilal dan siak boleh melaksanakan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau tertakluk kepada pekeliling dan arahan ditetapkan Jabatan Agama islam Pahang (JAIP).
Selain itu, Abdul Rahman berkata, langkah itu dibuat bagi memutuskan jangkitan COVID-19 di negeri ini.
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#coronavirus
#COVID-19
#fatwa
#Islam
#JAIP
#koronavirus
#Pahang
#solat Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan