awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan 2024

Bernama
Bernama
13/02/2024
14:09 MYT
Pahang tuan rumah Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Kebangsaan 2024
Pahang menjadi tuan rumah penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 HIjrah/2024 Masihi yang dijadualkan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei depan. - Foto Facebook Wan Rosdy bin Wan Ismail
KUANTAN: Pahang menjadi tuan rumah penganjuran Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 HIjrah/2024 Masihi yang dijadualkan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei depan.
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kerajaan negeri berbesar hati untuk menganjurkan majlis itu di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini, kerana kali terakhir Pahang menjadi tuan rumah ialah pada 2014.
"Difahamkan seramai 29 orang akan menyertai kategori tilawah iaitu 14 qari dan 14 qariah serta seorang johan menunggu.
"Seramai 84 orang pula akan menyertai kategori hafazan iaitu masing-masing 42 peserta lelaki dan wanita," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk majlis itu di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Turut mempengerusikan mesyuarat itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar.
WAN ROSDY-TILAWAH 2 (AKHIR) KUANTAN
Wan Rosdy juga menyifatkan pemilihan Pahang selaku penganjur sebagai penghormatan oleh kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) kepada kerajaan negeri dan pihaknya akan berusaha sebaik mungkin untuk memastikan kejayaan majlis.
Sementara itu, Mohd Na'im berterima kasih kepada kerajaan Pahang kerana sudi menerima jemputan menjadi tuan rumah bagi menganjurkan majlis berkenaan.
"Saya percaya dengan sokongan padu diberikan, penganjuran majlis tilawah ini akan berjaya dengan cemerlang pada tahun ini malah lebih baik berbanding tahun lepas.
"Penganjuran ini juga dilihat mampu mengukuhkan hubungan antara kerajaan Persekutuan dengan kerajaan Pahang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pahang
#tuan rumah
#Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran
#Wan Rosdy Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan