KUALA LUMPUR:Sebanyak 12 kawasan di wilayah Klang/Shah Alam, Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual mulai 8.30 malam ini susulan insiden paip pecah di Jalan Seruling 59, Taman Andalas dekat Klang hari ini.
Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) Elina Baseri berkata bekalan air ditutup bagi melaksanakan kerja-kerja pembaikan.
Kawasan yang terjejas adalah Taman Sentosa; Jalan Raja Nong; Jalan Bendahara; Jalan Bentara; Jalan Sg Jati; Jalan Temenggong, Jalan Laksamana; Taman Bijaya; Taman Rakyat; Jalan Seri Sarawak; Bandar Puteri, dan Bandar Putera 2, Klang.
"Kerja-kerja pembaikan dijangka akan siap dilaksanakan pada 7 pagi esok," katanya dalam kenyataan.
Katanya, pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat berdasarkan jarak premis serta tekanan air dan bekalan air di kawasan terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada 5 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 20 2020

Pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat berdasarkan jarak premis serta tekanan air dan bekalan air di kawasan terjejas dijangka pulih sepenuhnya pada 5 petang.

Dewan Senat Australia lulus rang undang-undang bayaran untuk kandungan berita
Dewan Senat Australia meluluskan rang undang-undang yang memerlukan Facebook dan Google memberi bayaran bagi setiap kandungan berita yang dikongsikan di platform mereka.

Jenayah | Lolos 13 hari, lelaki Rusia akhirnya ditahan
Setelah 13 hari lolos dari tahanan untuk mengelakkan diri daripada dihantar pulang ke negara asal. Seorang warga Rusia yang menjadi buruan polis antarabangsa (Interpol), berjaya ditahan di Bali, Indonesia. Andrei Kovalenka yang menggunakan nama samaran Andrew Ayer ditahan bersama pasangannya, Ekaterina Trubkina.

Vaksinasi COVID-19 | Ibu bapa di UK terima baik pembukaan sekolah
Kelonggaran itu bakal mengenakan sesi persekolahan di seluruh uk untuk kembali dibuka menjelang 8 Mac. Menurut Pengerusi Mercy UK, Haliza Hashim, pihak ibu bapa dilihat bersedia dan menerima baik mengenai berita pembukaan sekolah itu.

5G | SPV pastikan syarikat penyedia tidak terbeban
Penubuhan Syarikat Bertujuan Khas Kerajaan Malaysia (GOM-SPV) untuk pelaksanaan rangkaian 5G yang akan dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dibuat bagi mengelak beban pelaksanaan rangkaian 5G tidak terletak pada bahu pihak penyedia perkhidmatan. Pada masa sama, penyedia perkhidmatan sedia ada dapat meneruskan usaha pelaksanaan gentian optik serta memperbaiki liputan dan kualiti 4G, jelas MCMC menerusi satu kenyataan.

Vaksin COVID-19 | Merealisasikan 'senyum tanpa topeng, peluk tanpa jarak'
'Senyum tanpa topeng, peluk tanpa jarak' - sesuatu yang mungkin sukar direalisasikan tatkala pandemik COVID-19 masih memuncak ketika ini. Namun, impian itu mungkin menjadi nyata tatkala warga dunia kini mula menerima dos vaksin COVID-19 daripada pelbagai pengeluar.

MySejahtera | 505,565 telah daftar suntikan vaksin COVID-19
Khairy Jamaluddin yang juga Menteri Sains Teknologi dan Inovasi berkata, setakat jam 4.30 petang tadi, sejumlah 505,565 pendaftaran telahpun diterima.

Vaksin COVID-19 | Vaksin bukan alasan henti amalan norma baharu
Meskipun negara telah memperoleh vaksin, namun ia tidak bermaksud langkah mengamalkan norma baharu telah terhenti. Pakar Perunding Respitori Hospital Pantai Kuala Lumpur, Dr Helmi Haja Mydin berkata keberadaan vaksin hanya satu senjata yang perlu disokong dengan amalan norma baharu bagi mengurangkan lagi penularan COVID-19.

Vaksin COVID-19 | Perihal logistik diberi keutamaan
Keperluan logistik menjadi keutamaan kerajaan negeri Sarawak dalam menjayakan program imunisasi vaksin COVID-19 negeri itu. Menurut, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, sejumlah RM30 juta diperuntukkan untuk urusan logistik.

Tidak mustahil PRU-15 September ini - Khairy Jamaluddin
Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) mungkin akan diadakan seawal September ini, sebaik sahaja separuh daripada populasi negara menerima suntikan vaksin COVID-19.

Parlimen boleh diteruskan tanpa nasihat PM - Ku Li
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai kuasa memanggil sidang Parlimen tanpa nasihat daripada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, beliau menyambut baik kenyataan Istana Negara pada Rabu berhubung kebenaran sidang Parlimen sewaktu tempoh darurat.

Pemaju EKVE diberi tempoh dua bulan baik pulih cerun
Pemaju terbabit pernah dikenakan kompaun mahkamah RM100,000 pada 2017 dan RM165,000 pada 2019 kerana ia didapati mencemarkan Sungai Ampang.

Gangguan air 4 hari di Kluang, jangan risau air ada malam ini - Ranhill SAJ
Astro AWANI hari ini melaporkan penduduk di Taman Kluang Barat masih belum menerima bekalan air sejak empat hari lalu susulan kejadian paip pecah.

Bekalan air di Kuala Lumpur, Petaling, Hulu Langat pulih 57%
Air Selangor dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan bekalan air telah mula disalurkan kepada para pengguna bermula jam 2 pagi ini.

36 kawasan di Shah Alam, Klang, Petaling alami gangguan bekalan air berjadual 12 Januari ini
22 kawasan di Shah Alam, empat kawasan di Klang dan 10 kawasan di Petaling akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9:00 pagi, 12 Januari 2021.

Henti tugas LRA Sungai Selisek, lapan kawasan dijangka terjejas - Air Selangor
Jangkaan untuk LRA itu beroperasi semula tidak dapat dipastikan ketika ini kerana hujan belum berhenti dan paras air masih kritikal.

Paip putus: Kerja pembaikan 30 jam, bekalan pulih petang 1 Jan
Kerja pembaikan dijangka siap pada pagi 31 Disember dan bekalan akan pulih sepenuhnya di 63 kawasan di Lembah Klang pada 6 petang, 1 Januari 2021.

43 kawasan di Wilayah Petaling alami gangguan bekalan air akibat tanah runtuh
Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, kerja baik pulih sambungan paip berkenaan sudah dimulakan namun belum dapat menjangka bila ia akan selesai.

Paip pecah: 12 kawasan di Klang, Shah Alam alami gangguan air malam ini
Sebanyak 12 kawasan di wilayah Klang/Shah Alam, Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual mulai 8.30 malam ini susulan insiden paip pecah.

Bekalan air di Klang dan Shah Alam pulih sepenuhnya - Air Selangor
Semalam, enam kawasan terbabit dilaporkan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual ekoran kejadian paip pecah yang berlaku di Jalan Persiaran Jubli Perak di Seksyen 24, Shah Alam.

Gangguan bekalan air di Seremban, Rembau pada 24 November
Sebahagian kawasan di daerah Seremban dan Rembau akan mengalami gangguan bekalan air sementara selama 24 jam mulai pukul 8 pagi pada 24 Nov ini.