awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakaian seragam pengakap tidak pernah berubah, hasrat segarkan semula jenama

Astro Awani
Astro Awani
01/11/2023
21:30 MYT
Pakaian seragam pengakap tidak pernah berubah, hasrat segarkan semula jenama
Hasrat Persekutuan Pengakap Malaysia adalah untuk menyegarkan semula jenama pengakap di negara ini agar ia selaras dengan peredaran semasa. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Persekutuan Pengakap Malaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, pakaian seragam Pengakap tidak pernah berubah.
Persekutuan Pengakap Malaysia memaklumkan kenyataan Naib Yang Di-Pertua Majlis Pengakap Negara Datuk Zamani Thamby Chik merupakan makluman awal hasrat untuk penjenamaan semula Pengakap Malaysia.
Dalam pada itu, hasrat Persekutuan Pengakap Malaysia adalah untuk menyegarkan semula jenama pengakap di negara ini agar ia selaras dengan peredaran semasa.
Tambah kenyataan itu, buat masa ini pakaian seragam Pengakap yang sedia ada masih boleh diteruskan tanpa sebarang sekatan atau perubahan.
Sementara itu, kenyataan juga menyebut sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa serta mengambil kira jangka masa untuk ahli Pengakap bersiap sedia melaksanakan sebarang perubahan.
Topic Berkaitan
#Persekutuan Pengakap Malaysia
#Pengakap
#pakaian seragam pengakap
#jenama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan