Kerajaan hari ini memaklumkan bahawa ibadah Haji untuk semua rakyat Malaysia bagi musim 1441 Hjirah ditangguhkan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata, keputusan itu dicapai berdasarkan kepada taklimat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lembaga Tabung Haji (TH), serta perbincangan ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang telah bersidang pada 9 Jun 2020.
Beliau berkata, perkara itu telah pun mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dan telah disampaikan kepada Kerajaan Arab Saudi.
“Saya mengharapkan semua bakal haji untuk bersabar dan redha dengan keputusan ini. Sehubungan itu, TH akan mengeluarkan kenyataan rasmi dan solat lazim (FAQ) berkaitan urusan penangguhan ibadat haji bagi Musim Haji 1441H sejurus selepas sidang media ini.
“Saya juga menyeru seluruh umat Islam di Malaysia untuk terus berdoa agar Allah SWT menghilangkan wabak ini sepenuhnya dan memelihara dua Kota Suci Makkah dan Madinah dari sebarang perkara yang tidak diingini,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya, hari ini.
Zulkifli berkata, beliau telah bertemu dengan Duta Arab Saudi ke Malaysia semalam bagi menyerahkan surat rasmi penangguhan ibadat haji bagi Malaysia, untuk disampaikan kepada Dr Mohammed Saleh bin Taher Banten selaku Menteri Haji dan Umrah Kerajaan Arab Saudi.
Selain Malaysia, Zulkifli berkata, antara negara-negara lain yang turut menangguhkan penghantaran jemaah Haji mereka adalah Indonesia, Singapura, Kemboja, Thailand dan Brunei.
Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan Malaysiamengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Arab Saudi di bawah kepimpinan Khadim al-Haramain al-Sharifain Raja Salman Abdulaziz atas usaha gigih membendung penularan jangkitan COVID-19 di Tanah Suci.
“Kami amat menghargai segala pengorbanan Kerajaan Arab Saudi dan wira-wira barisan hadapan mereka yang masih bertungkus-lumus dan berterusan memerangi wabak ini khususnya di dua buah Kota Suci yang dicintai seluruh umat Islam,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Thu Jun 11 2020

Perkara itu telah pun mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, dan telah disampaikan kepada Kerajaan Arab Saudi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Azmin Ali ketuai mesyuarat Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional
Mesyuarat Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) yang dipengerusikan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berlangsung di Putrajaya pada Rabu malam.

Jurukimpal didakwa rogol remaja sampai lahir anak
Mangsa yang dirogol oleh tertuduh telah melahirkan anak yang kini sudah berusia seminggu dan akan menyambung pelajaran selepas habis pantang.

PTPN dirangka untuk lengkapkan Dasar Perpaduan Negara - Halimah
Proses dan gerak kerja pelaksanaan PTPN ini akan melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi-agensi kerajaan dan NGO di semua peringkat.

Perkhidmatan feri Kuala Perlis ke Langkawi beroperasi semula Sabtu ini
Waktu perjalanan dari Kuala Perlis ke Langkawi adalah 11.30 pagi manakala perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis pada 2 petang.

Industri penerbangan kekal tunai negatif sepanjang 2021 - IATA
Di peringkat industri, syarikat penerbangan dijangka tidak akan mencatatkan tunai positif sehingga 2022.

Jambatan ikonik Tasik Kenyir jadi tarikan baharu di Terengganu
Jambatan itu adalah sebahagian daripada komponen projek pembangunan pusat bebas cukai di tasik tersebut.

Empangan Mengkuang dan tiga lagi lokasi rekreasi dibuka mulai esok
Had kemasukan pengunjung untuk berekreasi ditetapkan dalam jumlah tertentu untuk menjaga SOP penjarakan fizikal.

Politik | Jabatan Pilihan Raya PN bentuk struktur Pilihan Raya negeri
Jabatan Pilihan Raya Perikatan Nasional memutuskan akan segera membentuk struktur Pilihan Raya di peringkat negeri. Perkara itu dinyatakan Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali melalui ciapan di laman media sosial Twitter miliknya, pada Khamis.

Persidangan Parlimen | Azalina Othman junjung kasih titah Agong
Menerusi ciapan di Twitter, Azalina merakamkan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong kerana sentiasa menjadi pelindung rakyat dan penjaga perlembagaan negara.

Mahkamah Persekutuan | Mengetepikan undang-undang Syariah Selangor
Mahkamah Persekutuan hari ini sebulat suara membenarkan permohonan seorang lelaki terhadap Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 dicabar. Keputusan itu sekali gus mengetepikan Undang-Undang Syariah negeri Selangor yang menetapkan seks di luar tabii sebagai jenayah.

Petronas akan terus berusaha harungi segala cabaran mendatang
Susut nilai atau penurunan berlaku disebabkan harga minyak yang tidak menentu, yang telah menjejaskan kunci kira-kira Petronas sepanjang 2020.

Malaysia, Arab Saudi setuju tubuh Jawatankuasa Strategik Peringkat Tertinggi
Malaysia dan kerajaan Arab Saudi bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Strategik Peringkat Tertinggi sebagai mekanisma dua hala yang menyeluruh di peringkat Kementerian Luar.

Perbincangan kuota haji, umrah tidak lama lagi
Kerajaan Arab Saudi dijangka menerima kunjungan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membincangkan mengenai kuota haji dan umrah dalam masa terdekat.

Amat mustahil negara dapat banteras 100 peratus rasuah - Dr Mohamed Azam
Amat mustahil negara dapat membanteras 100 peratus amalan rasuah kerana ia melibatkan manusia, kata Prof Madya Dr Mohamed Azam Adil.

COVID-19: Arab Saudi tutup lapan lagi masjid
Arab Saudi menutup sementara lapan lagi masjid di seluruh negara itu pada Jumaat susulan kes koronavirus yang terus meningkat.

Aktivis wanita Arab Saudi dibebaskan selepas 1,001 hari dijel
Loujain dibebaskan beberapa minggu sebelum larangan memandu terhadap wanita di negara itu ditarik balik.

Najib maklumkan putera Arab Saudi minta sumbangan kepada Yayasan 1MDB tidak dihebahkan - Saksi
Mazidah berkata demikian ketika membacakan penyataan saksinya pada perbicaraan kes bekas perdana menteri itu melibatkan penyelewengan dana 1MDB.

KPPK cadang buka pejabat MPOC di Arab Saudi bagi perluas pasaran
Pejabat MPOC di Jeddah akan dijadikan hab pemasaran memandangkan ada permintaan baharu dari Kenya, Ethiopia serta negara-negara Timur Tengah.

Mesir bebaskan wartawan Al Jazeera selepas empat tahun dalam tahanan
Mahmoud Hussein ditahan pada Disember 2016 atas tuduhan menyebarkan berita palsu, menyertai kumpulan haram dan menerima dana asing.

Somalia isytihar darurat akibat serangan belalang juta
Somalia mengumumkan pengisytiharan darurat Rabu lalu susulan ancaman belalang juta yang merosakkan banyak tanaman.