DALAM sejarah peradaban manusia, kejadian bencana bukan sesuatu yang asing. Selain daripada bencana wabak penyakit seperti Spanish Flu, Black Plague, Small Pox dan kini Covid-19, terdapat banyak lagi kisah bencana yang menimpa manusia yang diceritakan oleh Allah SWT kepada kita.
Namun apa yang ingin dibincangkan di sini ialah bencana yang menimpa negara Mesir semasa era Nabi Yusuf AS. Al Quran (di dalam Surah Yusuf - Ayat 47 -49) telah menceritakan bagaimana beliau telah dikeluarkan dari penjara dan dilantik oleh Raja Mesir untuk menjadi bendahari yang bertanggungjawab menguruskan khazanah negara. Ini berdasarkan kemampuan beliau mentafsirkan mimpi Raja bahawa mimpi tersebut adalah peringatan daripada Tuhan bahawa negara Mesir akan mengalami keadaan pertanian yang subur selama 7 tahun dan disusuli dengan 7 tahun keadaan yang susah akibat kemarau di mana ladang-ladang tidak akan dapat mengeluarkan hasil. Oleh itu rakyat harus berusaha dengan bercucuk tanam selama 7 tahun dan hasilnya dijaga dengan baik. Hanya sebahagian sahaja yang digunakan sementara selebihnya disimpan untuk menghadapi suasana kemarau selama 7 tahun mendatang.
Dalam erti kata yang lain, strategi utama negara ialah bersedialah untuk menghadapi masa susah dengan berjimat cermat dalam perbelanjaan. Ini adalah satu panduan yang telah diberikan oleh Allah SWT kepada umat Islam selama lebih dari 1400 tahun yang lalu melalui kisah Nabi Yusuf. Malangnya panduan ini tidak diambil berat langsung oleh pemimpin dan masyarakat di seluruh dunia, termasuk di kalangan pemimpin dan masyarakat Islam.
Akibatnya banyak negara yang sedang menghadapi situasi ekonomi yang runcing akibat Covid-19 berada dalam keadaan yang tenat. Bukan sahaja tabung kewangan tidak mencukupi, bahkan kebanyakan negara adalah dalam keadaan keberhutangan yang besar.
Berikut adalah beberapa negara yang mempunyai keadaan hutang yang besar berbanding saiz ekonomi mereka (yang diukur berdasarkan Keluaran Negara Kasar - KNK): Jepun (237%); Venezuela (214%); Sudan (177%); Greece (174%); Lubnan (157%); Itali (133%); Portugal (119%); Singapura (109%); Amerika Syarikat (106%); Bahrain (100%), Malaysia (52%).
Keadaan keberhutangan ini berlaku kerana kebanyakan kerajaan cenderung untuk berbelanja lebih daripada pendapatan setiap tahun, walaupun ketika negara tidak berada dalam keadaan bencana. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia telah beramal dengan belanjawan defisit semenjak 1998 lagi. Perlu dinyatakan bahawa apabila berlaku defisit di dalam belanjawan, maka sesebuah kerajaan akan terpaksa meminjam wang tambahan yang diperlukan. Sudah tentu industri perbankan akan sentiasa gembira untuk memberi pinjaman kepada kerajaan dalam jumlah sama ada puluhan, ratusan atau dalam kes kerajaan Amerika Syarikat, 25 trilion dolar.
Pada tahun 2019, walaupun bencana Covid belum berlaku di negara kita, namun saiz defisit belanjawan Malaysia pada tahun itu ialah RM52 bilion atau 3.4% berbanding KNK. Hutang ini ditambah kepada hutang sedia ada masa itu yang berjumlah hampir RM700 bilion. Akibatnya sekarang ini bukan sahaja kerajaan Malaysia tidak mempunyai rezab yang mencukupi bahkan di dalam keadaan keberhutangan yang serius. Jika ditambah dengan jaminan kerajaan, tanggungan kerajaan Malaysia sekarang ialah lebih daripada RM1 trilion.
Akibat daripada tiadanya rezab yang mencukupi, apabila bencana Covid-19 menimpa negara, kerajaan terpaksa berhutang lagi untuk membantu rakyat dengan mengumumkan `Pakej Rangsangan Ekonomi’ pada 27 Mac 2020, walaupun jumlah pinjaman tidak diumumkan secara jelas oleh kerajaan.
Sebenarnya punca utama kepada keadaan ini ialah pemikiran pemimpin dan penasihat kerajaan yang telah terperangkap dalam paradigma barat yang bermula apabila seorang tokoh pemikir ekonomi Britain bernama John Maynard Keynes memberikan saranan bahawa jika ekonomi dalam keadaan meleset, kerajaan perlu berbelanja wang untuk merangsangkan ekonomi walaupun terpaksa berhutang daripada institusi Riba untuk tujuan tersebut. Idea yang digelar `Keynesian Economics’ ini terus diikuti oleh penggubal dasar ekonomi, termasuk daripada negara Islam, walaupun amalan tersebut bertentangan dengan ajaran Islam yang mengutuk amalan Riba dengan sekeras-kerasnya.
Yang lebih menyedihkan ialah mereka gagal menyedari bahawa pendekatan Keynesian Economics sebenarnya tidak mampu menyelesaikan masalah ekonomi negara dalam jangka panjang. Sebagai contoh ialah kegagalan langkah rangsangan ekonomi yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Amerika di bawah pimpinan Presiden Obama pada tahun 2008 susulan daripada kemelesetan ekonomi akibat krisis hutang `Sub-Prime’. Ramai pakar ekonomi menyatakan bahawa langkah tersebut gagal mendatangkan apa-apa manfaat jangka panjang. Sebaliknya hutang kerajaan Amerika telah bertambah semenjak daripada itu dan menjadi lebih daripada USD25 trilion pada hari ini. Sementara itu Amerika terus menghadapi masalah ekonomi dan rakyatnya terus sengsara.
Langkah pakej rangsangan ekonomi juga telah dilaksanakan oleh kerajaan Jepun beberapa kali semenjak berlakunya kemelesetan ekonomi yang teruk di sana pada tahun 1989. Namun ekonomi Jepun sehingga kini masih dalam keadaan yang tenat. Sekarang ini hutang kerajaan Jepun adalah yang paling tinggi di dunia iaitu sebanyak 237% berbanding KNKnya. Akibat daripada hutang kerajaan yang tinggi ini, kerajaan Jepun telah meningkatkan cukai GSTnya (dipanggil consumption tax di Jepun) ke 10%. Namun masalah hutangnya masih tidak dapat diselesaikan. Pakar ekonomi menyatakan bahawa Jepun perlu menaikkan kadar menjadi 15% jika ia serius untuk menyelesaikan masalah hutangnya. Namun kerajaan Jepun di dalam dilema kerana bimbang sebarang kenaikan kadar cukai GSTnya akan menaikkan kos sara hidup rakyat dan mengakibatkan rakyat keberatan untuk berbelanja sekaligus membuat keadaan ekonomi Jepun semakin tenat.
Jelaslah bahawa kaedah `Keynesian Economics’ atau `Rangsangan Ekonomi’ tidak akan menyelesaikan masalah dalam jangka panjang. Malangnya ramai yang masih tidak menyedari kesilapan ini, termasuk di kalangan ahli politik, sama ada daripada pihak kerajaan atau pembangkang. Yang lebih malang ialah ada di kalangan pembangkang yang mahukan kerajaan berbelanja dengan lebih besar, walaupun dengan cara berhutang daripada institusi Riba.
Tidakkah mereka sedar bahawa langkah tersebut hanya akan membebankan rakyat dalam jangka panjang kerana terpaksa menyumbang kepada usaha menyelesaikan hutang tersebut? Tidakkah mereka sedar bahawa sebenarnya yang paling beruntung daripada pakej rangsangan yang besar adalah golongan elit kewangan Riba yang membekalkan dana hutang kepada kerajaan?
Tidakkah mereka sedar bahawa sektor perbankan mencipta wang baharu setiap kali ia memberi hutang kepada kerajaan? Tidakkah mereka sedar bahawa jumlah wang dalam sistem kewangan negara yang besar akan menurunkan nilai wang dan mengakibatkan inflasi? Tidakkah mereka sedar bahawa keadaan ini akan menyumbang kepada masalah kos sara hidup terutama sekali di kalangan yang berpendapatan rendah kerana upah dan gaji mereka tidak meningkat walaupun harga barangan dan perkhidmatan meningkat?
Tidakkah mereka sedar bahawa keadaan di mana golongan elit kewangan Riba menjadi bertambah kaya sementara golongan berpendapatan rendah menjadi semakin sengsara adalah sesuatu yang zalim dan bertentangan dengan ajaran Islam? Dan akhir sekali, bilakah kita mahu mengambil panduan daripada Allah SWT melalui pengajaran kisah Nabi Yusuf AS?
* Prof Mohd Nazari Ismail bertugas di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan, Universiti Malaya.
** Pandangan yang diutarakan dalam artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak berkaitan dengan Astro AWANI.
Prof Dr Mohd Nazari Ismail
Sat Mar 28 2020
Penulis berkata, ketika ini, bukan sahaja kerajaan Malaysia tidak mempunyai rezab yang mencukupi, bahkan di dalam keadaan keberhutangan yang serius dengan saiz hutang berjumlah lebih RM1 trilon.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Cacar monyet: Jangkitan meningkat kepada lebih 70,000 - WHO
Meskipun pertambahan kes dilihat perlahan, ia tidak bermakna masyarakat global tidak perlu mengambil langkah berjaga-jaga.
Biden runding sokongan dari Asia kenakan sekatan ke atas Rusia - Laporan
Menurut Foreign Policy, Washington difahamkan sudah mendapat sokongan Singapura, Jepun dan Taiwan.
Serangan dron Afghanistan: AS akui kesilapan bunuh 10 orang awam
Setiausaha Pertahanan AS Lloyd Austin memohon maaf atas serangan dron di Afghanistan pada Ogos lalu.
AUKUS: Perancis panggil pulang duta di Amerika Syarikat, Australia
Menteri Luar Negeri Perancis gambarkan penubuhan AUKUS sebagai tindakan 'menikam dari belakang'.
Pandemik COVID-19, kemelut ekonomi dan peranan gerakan Islam
Oleh kerana penyediaan vaksin diramalkan memerlukan masa lebih dari setahun lagi, maka angka kematian dijangkakan akan terus meningkat pada bulan-bulan mendatang.
Pakej rangsangan: Adakah kisah Nabi Yusuf tidak relevan dalam kehidupan moden?
Al Quran telah menceritakan bagaimana beliau telah dikeluarkan dari penjara dan dilantik oleh Raja Mesir untuk menjadi bendahari yang bertanggungjawab menguruskan khazanah negara.
Malaysia naik ke ranking 22 senarai Daya Saing Dunia
Malaysia merupakan satu-satunya ekonomi di Asia Tenggara yang mencatatkan kenaikan dua anak tangga, dipacu oleh pemulihan kukuh prestasi ekonomi, khususnya perdagangan antarabangsa.
Gunung Berapi Popocatepetl mula keluarkan asap, abu tebal
Gunung berapi ikonik di Mexico, Popocatepetl mula meletus memuntahkan asap dan abu ke udara.
Boikot Coca-Cola hanya merugikan pekerja tempatan - Pengurusan
Menurut Pengurus Coca-Cola Malaysia Ahmed Yehia, tindakan boikot itu juga akan menjejaskan semua pihak yang bergantung kepada rantaian bekalan jenama itu di Malaysia.
Berlian milik Puteri Diana antara 7 fakta menarik hubungan Harry dan Markle
Hubungan yang terjalin sejak setahun lalu pada mulanya dirahsiakan, kini menjadi berita gembira buat para peminat kerabat diraja Britain.