awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Panda gergasi terima lawatan tetamu diraja

Bernama
Bernama
17/09/2014
05:59 MYT
Panda gergasi terima lawatan tetamu diraja
Panda gergasi terima lawatan tetamu diraja
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan berangkat ke Zoo Negara di sini untuk melihat pasangan panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr James Dawos Mamit dan Presiden Zoo Negara Datuk Seri Zaharin Md Arif serta pegawai kementerian.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong kemudian menaiki tram dengan diiringi Dawos dan Zaharin ke Pusat Konservasi Panda Gergasi dan kemudian mendengar taklimat disampaikan Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Zoal Azha Yusof.
Tuanku Abdul Halim dan Tuanku Hajah Haminah kemudian meluangkan masa selama 20 minit melihat pasangan panda gergasi itu termasuk memberi makan buah epal kepada panda jantan, Xing Xing, sebelum berangkat pulang.
Sementara itu, menurut kenyataan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, sehingga 31 Ogos lalu, seramai 82,597 pelawat telah mengunjungi Pusat Konservasi Panda Gergasi sejak ia dibuka kepada orang awam.
Pusat konservasi tersebut dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 Jun lalu.
Dalam majlis perasmian tersebut, Perdana Menteri turut mengumumkan nama tempatan bagi pasangan panda berkenaan iaitu Xing Xing bagi panda jantan dan Liang Liang bagi panda betina yang sebelum ini dikenali sebagai Fu Wa dan Feng Yi.
Pasangan panda tersebut telah dipinjamkan kepada Malaysia oleh kerajaan China menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang berperanan mengukuhkan lagi hubungan diplomatik antara kerajaan Malaysia dan China.
Ia juga bersempena sambutan ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
Topic Berkaitan
#Agong
#Liang Liang
#Panda
#Permaisuri Agong
#Xing Xing
#Zoo Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan