awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandora Papers: MPM gesa PM tubuh jawatankuasa khas siasatan, RCI

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
12/10/2021
03:20 MYT
Pandora Papers: MPM gesa PM tubuh jawatankuasa khas siasatan, RCI
Shahbudin berkata penubuhan jawatankuasa khas serta RCI itu dijangka dapat memberi pencerahan kepada rakyat dan mengembalikan imej kerajaan yang dakwanya "tercalar". -Gambar Facebook / Shahbudin Hj Embunfail
KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Melayu (MPM) menggesa agar jawatankuasa khas siasatan dan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan segera oleh perdana menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi meneliti isu yang dibangkitkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pendedahan Pandora Papers.
Pengerusi Biro Politik MPM, Shahbudin Embun berkata penubuhan jawatankuasa khas serta RCI tersebut dijangka dapat memberi pencerahan kepada segala kekeliruan kepada rakyat dan mengembalikan imej kerajaan yang didakwanya "tercalar".
“Pihak berkuasa hendaklah menyiasat perbuatan salah laku ke atas sesiapa saja yang terlibat termasuk menteri, bekas menteri, VVIP serta sesiapa saja yang telah dinamakan dalam Pandora Papers tersebut, tanpa rasa takut atau pilih kasih,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Tegasnya, jika berlaku kesalahan, maka pendakwaan hendaklah dilakukan secara adil dan mengikut undang-undang negara.
MPM turut memetik apa yang dikatakan oleh Anwar semalam di Parlimen yang mana beliau sekali lagi mendesak isu Pandora Papers dibahaskan di Dewan Rakyat susulan dakwaan sejumlah wang mencecah ratusan billion dari Malaysia yang disimpan di luar negara.
Kata Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, isu itu wajar dibahaskan segera kerana ia bukan sahaja membabitkan Pandora Papers, tetapi juga laporan Global Financial Integrity 2012 serta pendedahan Panama Papers pada 2015.
Topic Berkaitan
#MPM
#Pandora Papers
#Jawatankuasa Khas Siasatan
#RCI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan