awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandu lawan arus: Pegawai pemasaran didakwa sebabkan kematian di Lebuhraya Persekutuan

Astro Awani
Astro Awani
20/09/2021
05:09 MYT
Pandu lawan arus: Pegawai pemasaran didakwa sebabkan kematian di Lebuhraya Persekutuan
Mengikut pertuduhan, Devaaswin didakwa melakukan kesalahan membunuh terhadap Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, dan Nur Afiqah Abdul Karim, 18, di kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan 12 September lalu. - Foto Astro AWANI
SHAH ALAM: Seorang pegawai pemasaran pengangkutan yang memandu kenderaan secara melawan arus sehingga menyebabkan dua remaja terkorban di kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan, 12 Setember lalu didakwa atas tuduhan membunuh di Mahkamah Majistret Shah Alam, di sini hari ini.
K Devaaswin, 24, hanya menundukkan kepala dan mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Faizah Abdul Sani.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkod daripada tertuduh selepas dua pertuduhan dibaca secara berasingan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Mengikut pertuduhan, Devaaswin didakwa melakukan kesalahan membunuh terhadap Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, dan Nur Afiqah Abdul Karim, 18, di kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan arah Klang ke Kuala Lumpur pada jam 1.50 pagi, 12 September lalu.
BACA: Nahas Lebuhraya Persekutuan: Pemandu Mitsubishi Triton lawan arus positif ganja
BACA: Reman pemandu lawan arus di Lebuhraya Persekutuan hingga sebabkan kematian dilanjut
Mahkamah | Pegawai pemasaran didakwa membunuh
Atas kesalahan itu, pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.
Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 21 Oktober depan untuk serahan laporan kimia serta bedah siasat.
Dalam kejadian awal pagi Ahad itu, dua maut apabila kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu melawan arus di Kilometer 8.5 Lebuhraya Persekutuan.
Topic Berkaitan
#pandu lawan arus
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#tuduhan bunuh
#Lebuhraya Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan