Libya menyambut hari ulang tahun ke 2 kebangkitan rakyat pada 17 Februari lalu. Dalam tempoh tersebut, rakyat negara berkenaan mempraktikkan konsep demokrasi yang antara lain menyaksikan kebebasan masing-masing menyuarakan pendapat. Bagaimanapun, antara masalah utama dihadapi media dan wartawan yang cuba mengkritik negara Afrika berkenaan ialah dituduh sebagai pengampu dan cuba mempertahankan pemimpin sebelum ini, Muammar Gaddafi. Mereka dituduh anti revolusi.
Mereka dicop sebagai memperkecilkan kejayaan besar yang dicapai revolusi untuk menyingkirkan pemerintahan diktator. Malah jika diperhatikan, media Arab secara umumnya jarang-jarang membicarakan dan menganalisis secara mendalam perkembangan politik Libya. Pihak yang banyak menganalisis hanyalah akhbar dan stesen penyiaran tempatan. Analisis mereka sehaluan, senada dan seirama.
Dedah
Beberapa hari lalu, pegawai kanan perisikan Libya, Muhammad Bukhalil memecah tradisi selepas mengeluarkan kenyataan keras di sebuah stesen televisyen tempatan. Dalam nada penuh amaran, beliau mencurigai dan menuduh Perancis cuba bermain api di selatan Libya. Dedahnya, terdapatnya tentera asing di kawasan berkenaan. Bukhalil menjelaskan Perancis dan negara-negara barat lain memberikan bantuan kepada Libya bukanlah untuk menyelamatkan rakyatnya daripada cengkaman diktator. Sebaliknya, beliau menuding jari terhadap Paris dan sekutunya berniat jahat untuk menguasai rantau Afrika.
Gaddafi
Tidak dinafikan pemerintah Libya sebelum ini melakukan banyak kejahatan dan kesilapan. Rakan-rakan saya sendiri pernah menjadi mangsa kepada kezalimannya. Bagaimanapun, Gaddafi mampu membersihkan bumi Libya daripada pangkalan tentera asing, menjamin keamanan di segenap pelusuk negara, menghalang perpecahan dan memelihara perpaduan rakyat. Libya pasca revolusi dilihat oleh pemerhati luar sebagai sebuah negara gagal. Beberapa serangan yang berlaku di Benghazi sebagai contoh, membuktikan tahap keselamatannya lemah. Malah pencerobohan militia bersenjata ke atas Jabatan Perdana Menteri Libya beberapa hari lalu menggambarkan betapa rapuh kawalan keselamatan di negara berkenaan. Sepatutnya pemerintah revolusi sekarang bertanggungjawab mengekalkan kejayaan dicapai Gaddafi dengan beberapa lagi nilai tambah termasuk meningkatkan tahap keselamatan dan keamanan, pertumbuhan ekonomi serta perpaduan negara. Namun begitu, harapan berkenaan berkecai. Malah, sukar dicapai dalam tempoh terdekat.
Kenyataan Bukhalil bahawa Perancis dan negara-negara Barat campur tangan secara ketenteraan didorong kepentingan strategik perlu menyedarkan pelbagai pihak. Negara-negara berkenaan mahu menjaga kepentingan sumber minyak dan melebarkan pengaruh di selatan Libya yang merupakan lokasi pelbagai kekayaan bumi semulajadi. Perkara yang sama berlaku di Mali. Tujuan utama Perancis menghantar tentera bukanlah untuk menyelamatkan rakyat negara berkenaan. Ia semata-mata untuk menjaga kepentingan ekonominya, terutama dalam pelaburan berkaitan uranium, emas dan hasil semulajadi lain.
Selatan Libya
Selatan Libya sememangnya berada di luar kawalan kerajaan pusat di Tripoli. Penduduk Kufrah yang terletak di selatan berdepan dengan pelbagai jenayah serius termasuk pembunuhan dan penculikan. Keadaan keselamatan amat rapuh. Kawasan berkenaan dikuasai oleh militia-militia bersenjata sehingga kerajaan terpaksa mengumumkannya sebagai kawasan tentera tertutup. Inisiatif yang memperlihatkan kelemahan kerajaan di Tripoli. Ramai penganalisis Asia Barat berpendapat Perancis sedang merancang untuk mewujudkan pangkalan tenteranya di selatan Libya. Ia sudah pasti akan berjalan dengan penuh rahsia. Senario sama berlaku di Afghanistan. Amerika Syarikat mendirikan pangkalan untuk pesawat tanpa pemandu bagi memerangi kumpulan pelampau jihad. Mungkin ramai yang tidak akan tahu mengenai kewujudannya sehinggalah ia terbongkar. Isu pangkalan rahsia ini pernah timbul ketika Amerika memerangi Taliban dan Al Qaeda di Afghanistan. Ia terbongkar selepas media Amerika mendedahkan terdapat sebuah pangkalan rahsia di negara Teluk. Ia dikatakan bertanggungjawab merencana pembunuhan lebih 4700 nyawa di Afghanistan dan di sempadan Pakistan.
Semangat patriotisme dimiliki Bukhalil mungkin mampu membuka minda dan menyedarkan semua pihak bahawa wujudnya perancangan untuk menggagalkan objektif revolusi dan mencabut kedaulatan daripada bumi Libya. Sekaligus ia dapat menghalang hegemoni Barat daripada cuba mengulangi apa yang berlaku di Afghanistan dan memperkotak-katikkan benua Afrika.
Wan Mahazir Wan Mahamud
Sat Mar 02 2013
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Persahabatan antarabangsa: Indonesia dibelasah Libya
Persiapan Indonesia menjelang saingan Piala Asia bulan ini kelihatan menerima tamparan apabila skuad Garuda itu dibelasah 0-4 oleh Libya.
Banjir: Sekolah di Derna dibuka semula
Pelajar yang sekolah mengalami kerosakan atau musnah akan menumpang sementara di sekolah lain.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Masalah politik di Libya sukarkan bantuan kemanusiaan dihantar - Mercy Malaysia
Presiden Mercy Malaysia, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus menjelaskan kemelut politik di Libya itu membuatkan keadaan bertambah teruk.
Libya bagai dilanda garuda
Ribut Daniel yang melanda akhir minggu lalu telah menenggelamkan bandar Derna dan mengakibatkan kemusnahan besar di Libya.
Angka kematian akibat banjir dijangka cecah 20,000 di Derna, Libya
Angka kematian akibat banjir besar yang melanda timur Libya dijangka mencecah 20,000 di bandar Derna sahaja, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Banjir: Doktor Tanpa Sempadan hantar pasukan kecemasan ke Libya
Doktor Tanpa Sempadan (MSF) pada Rabu berkata pertubuhan bantuan itu menghantar pasukan kecemasan ke Libya susulan ribut dahsyat yang mengorbankan ribuan nyawa di timur negara itu.
10,000 orang hilang akibat banjir di Libya - Palang Merah
Kira-kira 10,000 orang hilang selepas banjir besar di Libya, kata ketua pejabat Libya bagi Persekutuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa.
Lebih 15 juta meter persegi kawasan di Libya tercemar sisa bahan letupan
Kenyataan UNSMIL itu sempena sambutan hari antarabangsa untuk memupuk kesedaran mengenai periuk api yang disambut pada 4 April.
12 maut, 87 cedera pertempuran di Tripoli, Libya
Pasukan perubatan tidak dapat mengakses kawasan tertentu di Tripoli bagi membantu orang awam yang membuat panggilan kecemasan.