awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Honda patenkan sistem ADAS untuk motosikal
xAI perkenal Grok untuk perniagaan dan perusahaan
Malaysia kecam sekeras-kerasnya tindakan Israel larang operasi organisasi bantuan kemanusiaan di Gaza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pantai Kuala Kerteh bakal dinaik taraf dengan peruntukan RM20 juta

Bernama
Bernama
05/04/2021
20:07 MYT
Pantai Kuala Kerteh bakal dinaik taraf dengan peruntukan RM20 juta
Ir Saiful Azmi berkata peruntukan sebanyak RM20 juta itu telah pun diluluskan oleh Jabatan Landskap Negara bagi kerja-kerja naik taraf tersebut. - Foto BERNAMA
KEMAMAN: Pantai Kuala Kerteh di sini bakal berwajah baharu apabila projek naik taraf taman rekreasi bernilai RM20 juta akan dimulakan pada Mei nanti dalam usaha kerajaan menjadikannya sebagai lokasi riadah dan pelancongan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemasik Ir Saiful Azmi Suhaili berkata peruntukan sebanyak RM20 juta itu telah pun diluluskan oleh Jabatan Landskap Negara bagi kerja-kerja naik taraf tersebut.
"Antara komponen yang akan dinaik taraf ialah taman permainan kanak-kanak, lot kedai untuk peniaga, bekalan air dan elektrik, trek joging serta tandas awam untuk keselesaan pengunjung.
"Kontraktor yang terlibat dalam projek tersebut sudah dilantik dan kerja naik taraf akan dimulakan pada Mei depan dan projek ini dijangka siap sepenuhnya dalam tempoh dua tahun lagi," katanya ketika dihubungi pemberita semalam.
Tambahnya, projek naik taraf itu juga bakal menyelesaikan masalah ketiadaan bekalan elektrik dan air yang selama ini dihadapi 10 peniaga gerai makan di sekitar kawasan tersebut.
Beliau berkata satu perjumpaan dengan kesemua peniaga itu juga telah diadakan petang Ahad bersama Tenaga Nasional Berhad, Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd, Majlis Perbandaran Kemaman dan Pejabat Tanah dan Galian Kemaman.
"Kita maklum kesusahan yang dihadapi peniaga tersebut kerana perlu mengambil inisiatif sendiri dalam menyediakan air mentah dan menggunakan generator untuk bekalan elektrik kerana gerai yang diusahakan ketika ini bukanlah tapak perniagaan kekal yang disediakan pelbagai kemudahan.
"Persetujuan telah dibuat agar bekalan elektrik dan air akan dimasukkan ke semua gerai makan tersebut agar mereka dapat meneruskan perniagaan dengan lebih selesa, dalam masa terdekat," katanya yang optimis pantai Kuala Kerteh akan menjadi lokasi tumpuan ramai sebaik sahaja projek naik taraf itu siap kelak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TNB
#ADUN
#Kemaman
#pelancongan
#peniaga
#bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan