GEORGE TOWN: Paras takungan air di Empangan Air Itam di sini dikesan mencecah tahap ketiga kritikal dengan bacaan 30.8 peratus hari ini dan mampu bertahan hingga 30 hari sahaja lagi jika masih tiada hujan.
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata sepanjang April ini, empangan itu hanya menerima hujan sebanyak 22.5 milimeter (mm) sahaja berbanding sepatutnya 300mm sebulan.
"Hujan lebat di beberapa kawasan di negeri ini tidak membantu meningkatkan paras Empangan Air Itam yang kini mencatat tahap ketiga kritikal kerana hujan tidak turun di kawasan tadahan air tersebut sebaliknya ia turun di kawasan lain di negeri ini.
"Paras empangan itu juga semakin menurun berbanding minggu lepas iaitu 32 peratus kerana air diekstrak pada minggu ini bagi menampung permintaan pengguna yang tinggi kerana musim perayaan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Raya Aidilfitri Parlimen Bukit Bendera di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan negeri telah mengarahkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam (AIDAP) 2024, yang melibatkan empat langkah termasuk meminimumkan pelepasan air mentah dari Empangan Air Itam ke Loji Rawatan Air (LRA) daripada 75 juta liter sehari (JLH) kepada 11 JLH bagi mengekalkan kapasiti efektif di Empangan Air Itam.
Ditanya mengenai pembenihan awan, beliau berkata kerajaan negeri tidak bercadang untuk melaksanakan alternatif itu berikutan Pulau Pinang masih menerima hujan sejak beberapa minggu lepas.
Sebelum ini, PBAPP memaklumkan kapasiti efektif Empangan Air Itam berada pada paras 32.4 peratus pada Februari lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 14 2024
Sepanjang April ini, Empangan Air Itam hanya menerima hujan sebanyak 22.5 milimeter (mm) sahaja berbanding sepatutnya 300mm sebulan. - Gambar fail/Bernama
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Kapasiti efektif 30.3 peratus tidak bermakna bekalan hanya untuk 30 hari - PBAPP
Pathmanathan berkata anggaran tersebut mengelirukan kerana apabila terdapat hujan di kawasan tadahan air, maka bilangan hari akan berubah.
Paras air Empangan Air Itam di tahap ketiga kritikal - Chow
Paras takungan air di Empangan Air Itam dikesan mencecah tahap ketiga kritikal dengan bacaan 30.8 peratus hari ini.
P. Pinang pantau KTA Empangan Air Itam, Empangan Teluk Bahang
Kerajaan Negeri Pulau Pinang juga memastikan kapasiti efektif Empangan Air Itam mencapai 50 peratus menjelang Mei ini.
Tiada hujan selepas pembenihan awan - PBAPP
K.Pathmanathan berkata perkara itu berkemungkinan disebabkan keadaan atmosfera dan awan yang tidak begitu menggalakkan pada masa tersebut.
Paras air di Empangan Air Itam menyusut kepada 66.7 peratus
Paras air di Empangan Air Itam menunjukkan penurunan kepada 66.7 peratus namun masih mencukupi sehingga 66 hari.
Paras Empangan Air Itam meningkat lepasi paras amaran
Empangan Air Itam, di sini yang sebelum ini mengalami penurunan kapasiti efektif susulan cuaca panas, telah menunjukkan peningkatan air dan melepasi paras amaran dengan catatan 52 peratus ketika ini.
Operasi pembenihan awan kedua dijalankan di dua empangan Pulau Pinang
Kapasiti Empangan Air Itam pada paras 44.68 peratus dan Empangan Teluk Bahang pada paras 44.4 peratus.
P. Pinang terus lakukan pembenihan awan
Chow Kon Yeow berkata operasi pertama yang dilaksanakan pada 2 hingga 4 Mei lepas boleh dianggap membuahkan hasil.
Kapasiti dua empangan di Pulau Pinang turun 50 peratus
Rekod jumlah hujan di kedua-dua empangan itu bagi tiga bulan iaitu Januari hingga Mac menunjukkan hanya Februari merekodkan jumlah hujan yang tinggi.
15 operasi pembenihan awan akan dijalankan di Empangan Air Itam - PBAPP
Sebanyak 15 operasi pembenihan awan untuk mencetuskan hujan di kawasan tadahan air (KTA) Empangan Air Itam di Pulau Pinang akan dilakukan bermula April hingga Ogos 2022.