awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paras air Empangan Bukit Merah meningkat

Bernama
Bernama
25/06/2023
10:30 MYT
Paras air Empangan Bukit Merah meningkat
Ini adalah kesan daripada taburan hujan di dalam kawasan tadahan yang menyebabkan peningkatan pada paras empangan tersebut. - Bernama
IPOH: Paras air Empangan Bukit Merah meningkat sebanyak 7.49 meter hari ini namun masih berada pada paras berjaga-jaga.
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Ahmad Shahrir Md Naziri berkata paras air di empangan tersebut ialah 6.99 meter pada Rabu lepas.
"Ini adalah kesan daripada taburan hujan di dalam kawasan tadahan yang menyebabkan peningkatan pada paras empangan tersebut.
"Sekiranya paras air meningkat sehingga paras pada 7.62 meter atau lebih, pihak JPS negeri akan membuat penilaian semula sama ada proses catuan akan diteruskan atau tidak," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Ahmad Shahrir berkata status semasa bekalan pengairan adalah pada peringkat catuan manakala bekalan domestik kepada loji-loji rawatan air setakat ini masih normal dan berada dalam bekalan yang mencukupi.
"Kompatmen penanaman padi yang masih terjejas akibat paras empangan pada tahap asas berjaga-jaga pengairan ialah kompatmen D,E,F,G dan H seluas 12,405 hektar," katanya.
Beliau berkata pihaknya telah mengambil inisiatif untuk menghantar 10 unit pam bergerak ke kawasan yang terjejas serta tiga unit pam yang disediakan oleh Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Kerian.
Menurut beliau pihaknya telah memohon lima unit pam tambahan kepada JPS Malaysia sebagai langkah berjaga-jaga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#empangan
#Bukit Merah
#paras berjaga-jaga
#hujan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan