awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paras air Sungai Chalok, Setiu lepasi paras bahaya, trend menaik - Infobanjir

Fareez Azman
Fareez Azman
08/01/2023
05:24 MYT
Paras air Sungai Chalok, Setiu lepasi paras bahaya, trend menaik - Infobanjir
Menurut laman sesawang infobanjir Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, sehingga jam 12.30 tengah hari bacaan di Sungai Chalok, Setiu direkodkan pada paras 8.55 meter. - Gambar hiasan/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Paras air di Sungai Chalok di Setiu, Terengganu dilaporkan telah melepasi paras bahaya pada Ahad.
Menurut laman sesawang Infobanjir Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, sehingga jam 12.30 tengah hari tadi, bacaan direkodkan pada paras 8.55 meter.
Ia melepasi paras bahaya iaitu 8.4 meter dengan trend paras air menaik susulan keadaan cuaca masih hujan di daerah itu.
Sementara di Pahang, Sungai Luit di Maran merekodkan paras air melepasi tahap amaran iaitu 27.17 meter dengan trend meningkat.
Di Kelantan pula, Rantau Panjang, Pasir Mas merekodkan paras sungai melebihi paras amaran iaitu 7 meter dengan trend meningkat.
Manakala di Kedah, Sungai Anak Bukit di Kota Setar juga merekodkan paras air melepasi tahap amaran iaitu 1.5 meter dengan trend meningkat.
Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) turut mengeluarkan amaran ribut petir pada Ahad.
Ia melibatkan negeri-negeri di Selatan dan Pantai Timur terutamanya Kelantan dan Terengganu.
Di Kelantan, antara daerah terlibat iaitu di Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh.
Manakala di Terengganu pula melibatkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.
Di sebelah selatan pula, amaran itu melibatkan Negeri Sembilan iaitu di Port Dickson, Melaka serta dua daerah di Johor iaitu Tangkak dan Muar.
Amaran cuaca buruk di negeri-negeri Pantai Timur diramalkan sehingga jam 2.00 petang, manakala di Selatan sehingga jam 1 tengah hari.
Topic Berkaitan
#paras sungai
#meningkat
#hujan
#ribut petir
#MetMalaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan