awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen: Bahang kemenangan Piala Malaysia berlarutan ke Dewan Rakyat

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
01/12/2021
04:20 MYT
Parlimen: Bahang kemenangan Piala Malaysia berlarutan ke Dewan Rakyat
Selepas 32 tahun, KL City FC melakar sejarah baharu apabila merangkul Piala Malaysia edisi ke-100 dalam perlawanan sengit di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Selasa malam. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bahang perlawanan akhir Piala Malaysia melibatkan pasukan KL City FC dan JDT masih membara meskipun perlawanan itu telah tamat malam tadi.
Pagi ini, kehangatan itu dibawa ke Dewan Rakyat selepas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias sempat mengucapkan tahniah kepada pasukan KL City sebelum memulakan jawapan lisannya.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pasukan KL City FC yang telah menjuarai Piala Malaysia 2021 malam tadi.
“Kejayaan ini adalah merupakan kejayaan sangat manis kerana ia dikecapi pada ulang tahun Piala Malaysia ke-100 dan setelah 32 tahun, kali terakhir memenangi piala ini.
“Bagi pihak Menteri Wilayah Persekutuan dan juga warga Kementerian Wilayah Persekutuan, sekali lagi saya ucapkan syabas dan tahniah kepada para pemain dan seluruh pasukan dan penyokong KL City FC,” katanya di Dewan Rakyat.
Bahkan beliau juga sempat membacakan serangkap pantun sebelum menjawab lisan soalan daripada Fong Kui Lun (PH - Bukit Bintang).
“Anak kucing berbulu lebat,
Minum air di tepi perigi,
KL City dan JDT permainannya hebat,
Tahniah Piala Malaysia milik KL City.”
BACA: KL City benam JDT, muncul juara Piala Malaysia edisi ke-100!
Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias mengucapkan tahniah kepada Kuala Lumpur City (KL City) FC yang memenangi Piala Malaysia.#SisiTVParlimen#DewanRakyat#AWANInews pic.twitter.com/jhZbctuD2j
— Astro AWANI (@501Awani) December 1, 2021
Selepas 32 tahun, KL City FC melakar sejarah baharu apabila merangkul Piala Malaysia edisi ke-100 dalam perlawanan sengit di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini pada Selasa malam.
Pasukan kendalian Bojan Hodak itu menewaskan pasukan JDT yang dibarisi pemain bintang tempatan dengan jaringan dua gol tanpa balas.
Kedua-dua gol KL City FC dijaringkan dua pemain yang sudah lama beraksi dengan pasukan itu, Zhafri Yahya dan Paulo Josue.
Piala Malaysia | Selepas 32 tahun menunggu, KL City muncul juara
Topic Berkaitan
#KL City FC
#JDT
#Piala Malaysia
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan